suria

‘Tunggang’ kes Zayn Rayyan untuk promosi bisnes makanan, video wanita tak sensitif lesap selepas dikecam

Video promosi makanan itu mengundang kecaman ramai kerana ia didakwa 'menunggang' kes kematian Zayn Rayyan.

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Sebuah jenama makanan tempatan teruk dikecam warga maya apabila mereka didakwa 'menunggang' kes kematian kanak-kanak autsime Zayn Rayyan dalam satu video promosi di laman X.

Menerusi video itu yang tular sejak Khamis, seorang wanita bertudung dilihat sedang menikmati hidangan berasaskan kentang goreng di dalam sebuah kenderaan.

Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Namun, kapsyen yang ditulis menerusi hantaran itu menimbulkan kemarahan ramai apabila ia menyebut nama Zayn Rayyan yang meninggal dunia pada Disember lalu.

"Tengah baca-baca kes zayn Rayyan. Misteri betul ya kisahnya. Moga yang terbaik untuk Zayn Rayyan.

"Kalau korang penat berfikir, rehat sekejap dengan shaker fries H***l. Lepas tu boleh sambung balik sambil makan," tulisnya pada kapsyen.

Melampau sangat kau ni. Adakah ini cara marketing beretika? Dengan menunggang kematian arwah Zayn Rayyan.

CEDDY ANG

Ayat itu dipercayai merujuk kepada kes mahkamah melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan yang menjadi tumpuan seluruh Malaysia pada Khamis.

Semakan mStar mendapati hantaran video berkenaan lesap daripada platform X selepas ia dihujani dengan kecaman netizen.

Personaliti media sosial Ceddy Ang turut meninggalkan komen yang menyelar sikap tidak sensitif peniaga berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Abai tapi bukan dera... Peguam perjelas skop pertuduhan ibu bapa Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa Zayn Rayyan dibenar ikat jamin RM10,000 seorang, boleh sambut Aidiladha di rumah

"Melampau sangat kau ni. Adakah ini cara marketing beretika? Dengan menunggang kematian arwah Zayn Rayyan," tulis Ceddy.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa berang dan mengajak orang ramai supaya melaporkan akaun media sosial berkenaan kepada pihak X.

"Bila baca kapsyen, terus tengok dia makan ni rasa jijik. Tak tahu kenapa. Rasa macam tak sensitif. Marketing macam ni, mudahan orang tak beli.

Ceddy turut menyelar kaedah promosi berkenaan yang dianggap tidak beretika.

Ceddy turut menyelar kaedah promosi berkenaan yang dianggap tidak beretika.

"Brand gila mana copywriting tak guna otak ni? Tergamak guna kes budak mati untuk promote fries? Semoga melingkup.

"Cari pasal betul gunakan kes kematian sebagai modal iklan ni," tulis netizen.

Untuk rekod, Zayn Rayyan dilaporkan hilang di kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember 2023 sebelum dia ditemukan mati dibunuh pada keesokan harinya.

Pada Khamis, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 setiap seorang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain