IBU bapa pasti ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Seperti wanita ini, dia memasang impian untuk membelikan kereta sorong bayi berjenama buat cahaya matanya. Namun hasrat yang sekian lama terpendam itu lebur begitu sahaja selepas dia ditipu oleh jurujual dalam talian. Menerusi hantaran di laman TikTok, dia turut berkongsikan tangkap layar perbualan bersama jurujual berkenaan. Tangkap layar perbualannya dengan jurujual terbabit. Apa yang menghairankan adalah individu tersebut meminta bayaran untuk waranti meskipun barangan yang dibeli adalah jenis terpakai atau preloved. "Bayar waranti ni sis, duit sis boleh refund balik. Saya tak ambil," ujar jurujual terbabit. Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Amira Bongsu itu berkata, dia terkejut apabila diminta untuk membuat bayaran tambahan selepas melakukan transaksi harga barangan tersebut sebanyak RM450. Amira bersama suami dan anak-anaknya. "Saya dah intai Instagram jurujual ni masa hampir bersalin. Masa tu tengok okay disebabkan ada maklum balas dan status dikemaskini setiap masa tentang live memasak dan sebagainya. "Masa tu saya tengah cari stroller preloved dan kebetulan masa saya berpantang, pemilik Insstagram tu buat posting tentang stroller yang saya inginkan. ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah tak sedap hati! Peniaga ditipu cara mudah, pelanggan order 720 set lunch, makan malam tapi tak datang ambil ARTIKEL BERKAITAN: Guna gaji akhir buat modal niaga online, wanita seronok dapat order banyak tanggung rugi ditipu scammer... walau RM100 tapi memang terasa sangat! "Nilainya separuh lebih murah daripada harga barang baharu. Tanpa berfikir panjang saya terus mesej tanya sama ada masih ada atau tidak dan terus membuat pembayaran," ujarnya. Menurut ibu kepada empat cahaya mata ini, selepas membuat transaksi atas talian dan disemak jurujual terbabit, dia diminta pula membuat bayaran tambahan sebanyak RM150 bagi mengaktifkan waranti. Susulan daripada itu, dia terkejut dan mula merasakan diri ditipu kerana barang terpakai sudah tidak mempunyai waranti. Nilainya separuh lebih murah daripada harga barang baharu... tanpa fikir panjang saya terus buat bayaran. AMIRA IBU "Fikir dengan logik, barang preloved mana ada waranti. Saya pula teruja nak beli stroller tu sebab yang sedia ada dah tak boleh guna dan satu lagi tidak sesuai untuk bayi. "Lagipun anak saya ni istimewa jadi saya perlukan yang terbaik untuk dia. Masa ni saya cakap sampai hati dia scam anak istimewa saya yang baru berusia 42 hari," luahnya sayu. Lebih menyedihkan apabila usahanya mendapatkan semula bayaran yang telah dibuat bukan sahaja tidak berhasil, malah akaunnya turut disekat jurujual terbabit. Gambaran bahagian jari bayinya semasa imbasan terperinci dilakukan. Bukan itu sahaja, kejadian tersebut berlaku semasa dia masih lagi dalam fasa berpantang dan tidak dapat membuat laporan polis. "Saya reda dan anggap itu bukan rezeki saya dan anak... cuma saya tak boleh halalkan sebab dia aniaya anak istimewa saya," luahnya lagi. Berkongsi tentang perkembangan diri dan anak-anak, wanita kelahiran Sabah ini berkata dia bekerja sendiri dan sudah lapan tahun mendirikan rumah tangga. Menurut wanita berusia 30 tahun ini, cahaya mata keempatnya Muhammad Syauqi Mateen Mohamad Shafiq mengalami kecacatan pada jari tangan kanan dan merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga. Reaksi warga maya di TikTok. "Saya tahu kecacatannya semasa masih dalam kandungan lagi, saya buat details scan ketika 27 minggu. "Semasa periksa bahagian jari tangan, doktor jumpa dua jari sahaja... lama juga cari yang lain tapi tak nampak. "Masa ni suami saya positif dan cakap mungkin baby sembunyikan," ujarnya yang kini menetap di Kuala Terengganu, Terengganu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube