suria

Paling sayang bini! Pemandu ini dipuji terlalu ‘sweet’, guna gambar isteri buat deko dalam kereta... Skrin telefon pun ada

Kenderaan e-hailing yang dinaiki seorang penumpang dipenuhi foto-foto pemandu dan isterinya.

SETIAP daripada kita mempunyai cara tersendiri untuk menghargai pasangan masing-masing.

Seperti pemandu e-hailing ini, dia menunjukkan rasa cinta terhadap isterinya dengan cara yang cukup kreatif dan unik apabila menghiasi kenderaannya dengan foto-foto kenangan mereka bersama.

Perkara itu dikongsikan salah seorang penumpangnya dikenali sebagai Zatiy Zabidi di TiKTok.

"Terpaling suami dalam dunia," tulisnya pada video yang dikongsikan.

Tangkap layar menunjukkan kereta dipenuhi dengan foto wajah isteri si pemandu.

Video tersebut dipercayai dirakamkan Zatiy ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing di luar negara sewaktu bercuti.

Berdasarkan rakaman, lelaki berkenaan dengan bangganya membingkaikan foto dia dan isteri dan diletakkan di atas papan pemuka kereta.

Selain itu dia turut menukar latar belakang skrin kereta dengan wajah mereka.

Tidak cukup dengan itu, pemandu berkenaan juga menggunakan gambar manis dia dan isteri pada latar belakang telefon bimbitnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik ‘Ysuku’ dilamun cinta, tak marah GF tampal stiker berlian ‘bling bling’ - “Saya suka asalkan dia bahagia”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai hairan gadis ini terlalu tenang kongsi cerita kereta kena pecah, ‘Android player’ hilang - “Melawan hukum perempuan ni kak”

Perkara yang disaksikan Zatiy itu dianggap manis hingga dia mengambil keputusan untuk berkongsi di media sosial.

"Macam ni la Mukmin (pasangan Zatiy). Balik ni saya tak kira, saya nak macam ni juga.

Mesti isteri dia letak supaya dia tak lupa 'singa' di rumah.

NETIZEN

"Siapa suruh (pemandu) bagi saya tengok. Dekat telefon dia pun letak (gambar isteri)," ujarnya dalam nada penuh teruja.

Hingga kini video berkenaan meraih lebih 200,000 di TikTok.

Jika diteliti pada ruangan komen video, rata-rata netizen menyatakan keinginan untuk dihargai dengan cara sama.

Bagaimanapun, ada juga beberapa netizen yang membuat spekulasi perbuatan meletakkan gambar itu dilakukan sendiri isteri kepada lelaki berkenaan.

Komen netizen pada video asal.

"Isteri driver tu bukan biasa-biasa. Mungkin ada 'tali pinggang hitam' dekat rumah.

"Mesti isteri dia letak supaya dia tak lupa 'singa' di rumah.

"Tu dia cakap yang dia setia. Toleh kiri dan kanan semua nampak," ujar netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain