SAHABAT sejati adalah mereka yang sentiasa ada ketika susah dan senang. Malah dalam sesetengah situasi, sahabat sejati dianggap seperti keluarga sendiri kerana mereka saling mengingatkan malah membimbing untuk melakukan kebaikan. Seperti yang dilakukan seorang gadis, dia dilihat serius dalam memberi teguran dan nasihat kepada rakannya tentang bahaya merokok. Terangnya menerusi video yang dikongsikan di TikTok, lelaki yang mempunyai tabiat merokok pasti akan meninggalkan kesan sampingan kepada pasangan mahupun kandungan isteri. "Sebab tu aku cakap, lelaki kalau nak kahwin berhentilah merokok. Rata-rata golongan wanita tidak meNyukai pasangan yang merokok mahupun menghisap vape. -Gambar hiasan "Mungkin dia tak beri kesan dekat kau tetapi beri kesan dekat bini (isteri). "Tak semua lelaki boleh terima anak cacat tapi bini boleh," tegas wanita itu dalam memberi peringatan kepada sahabatnya. Berdasarkan video yang hingga kini meraih lebih 600,000 tontonan itu, teguran gadis berkenaan dibuat ketika mereka sedang berada di sebuah kedai makan. Ketika dihubungi mStar, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Nur Umairah, 22, berkata topik berkaitan merokok muncul tatkala dia dan rakan-rakannya sedang berbual tentang kehidupan. ARTIKEL BERKAITAN: Demi bayar hutang ah long, sekeluarga ‘hilang’ kereta... Isteri anggap ada hikmah, suami berhenti merokok nak berjimat ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘tersakiti’... Tak boleh terima hakikat ada perempuan ‘reject’ calon suami perokok, hisap vape Biarpun masih diusia muda, pengalaman sebagai jururawat posnatal memberi kelebihan untuk Nur Umairah bercakap tentang bahaya merokok. "Sejak saya bekerja sebagai postpartum nurse dah macam-macam perkara yang saya jumpa. "Ada ibu bapa yang nak tinggalkan bayi di pusat berpantang sebab anak kembarnya sakit. "Malah ada juga bayi yang jantungnya berlubang dan hadapi masalah paru-paru. Bukan itu saja, ada yang sanggup bercerai kerana bayi mereka ada kekurangan daripada segi fizikal," katanya lagi. Perokok sangat pentingkan diri sendiri, mereka akan guna prinsip... aku yang hisap pun tak sakit, sihat sahaja lagi. NUR UMAIRAH JURURAWAT POSNATAL Tambah Nur Umairah, dia sendiri sedih malah takut apabila melihat rata-rata wanita perlu memikul tanggungjawab berseorangan setelah ditinggalkan pasangan. Bercerita lanjut atas pengalaman sendiri, Nur Umairah berkata dia sendiri dibesarkan dalam keluarga yang merupakan perokok tegar. Katanya, apa yang boleh dia simpulkan ialah golongan berkenaan sangat pentingkan diri tanpa menghiraukan perasaan orang sekeliling. "Saya dibesarkan dalam keluarga perokok tegar. "Saya saksi yang perokok sangat pentingkan diri sendiri, mereka akan guna prinsip... aku yang hisap pun tak sakit, sihat sahaja lagi. Antara komen netizen. "Prinsip inilah yang tanpa kita tahu, memudaratkan orang sekeliling," jelas Umairah. Walaupun teguran yang dibuat Umairah ini terlihat kasar namun hantarannya dipersetujui ramai dengan kebanyakan warga maya turut menyokong fakta yang dibawanya. "Betul apa yang akak cakap. "Perokok ni memang susah nak terima nasihat selagi sakit tu tak kena dekat diri sendiri. "Bagus akak ni nasihat, ada point yang boleh kita ambil," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube