suria

‘Seram’ anak muda sanggup buat personal loan demi ‘dunia tipu-tipu’! Tunjuk kaya beli barang mewah, pergi melancong

Pengurusan kewangan penting untuk menjamin kehidupan bermaruah. -Gambar hiasan

UKUR baju di badan sendiri bermaksud seseorang itu perlu berbelanja ikut kemampuan.

Namun siapa sangka ramai mengenepikan ungkapan itu pada masa kini, yang mana ramai cenderung berbelanja di luar kemampuan sehingga akhirnya terjerat dengan hutang.

Terbaharu, gempar trend membimbangkan melibatkan golongan muda yang ghairah melancong ke luar negara sehingga sanggup membuat pinjaman peribadi.

Nafsu berbelanja yang tak dikawal akhirnya menimbulkan masalah kewangan. -Gambar hiasan

Mereka dikatakan berbuat demikian kerana mahu menunjuk-nunjuk aktiviti melancong di platform media sosial agar pengikut, rakan-rakan dan sanak saudara dapat melihat kehidupan mewah yang ditonjolkan menerusi foto atau video.

Menerusi satu hantaran di laman X, seorang lelaki menyuarakan kerisauan terhadap situasi ini dan berharap generasi muda segera sedar dan tidak berterusan membinasakan diri.

"Takutnya dengar, ada kawan dedahkan dekat saya, sekarang dah jadi kebiasaan untuk anak muda ambil personal loan semata-mata nak pergi bercuti ke destinasi yang gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Baki gaji tinggal RM700, staf ‘gomen’ cuba nasib tambah hutang! Masih ada hati mohon pinjaman peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Anak guna nama bapa buat loan tapi culas bayar, kini jadi biawak hidup! Adik beradik lain kerja tolong bayar hutang

"Hasratnya cuma satu, apabila melancong di sana mahu ambil gambar dan kemudiannya kongsi dalam media sosial bagi kawan-kawan nampak macam diri tu kaya. Kau gila ke dik?

"Susah nak percaya benda ni boleh berlaku. Tolong la ya, fikirkan masa depan. Sebagai orang luar, saya patutnya tak perlu kisah pun tentang apa kalian nak buat dengan kehidupan, tapi ini saya ikhlas menegur.

"Tak berbaloi, media sosial ni sekadar dunia tipu-tipu. Janganlah buat benda macam ni, hidup kalian masih jauh, kalau awal begini dah terbeban hutang apa nak buat di kemudian hari," ujar lelaki itu risau.

Jangan sampai melingkup kawan-kawan, belum masuk umur 30 tapi dah kena senarai hitam oleh bank.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut menyokong perkongsian lelaki tersebut dan meminta anak muda untuk berfikiran jauh.

"Sepanjang hidup ni, saya cuma berpegang dengan satu prinsip, orang yang kaya adalah orang yang bebas hutang. Apabila kita tiada hutang, kita boleh buat apa saja yang kita nak dengan duit tu, tak terikat banyak komitmen.

"Selain melancong, orang muda sekarang pun ramai buat pinjaman peribadi sebab nak beli barangan designer macam beg tangan dan sebagainya. Itu kadang ada sesetengah yang gaji sekadar RM3,000 tapi barangan semua high end.

Warga maya bertukar pandangan.

"Jangan sampai melingkup kawan-kawan, belum masuk umur 30 tapi dah kena senarai hitam oleh bank dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) jadi merah. Sesak nak hidup nanti, dah la bunga tinggi.

"Seharusnya kita kumpul duit untuk melancong, baru lebih puas. Bukannya ambil jalan pintas dengan berhutang," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain