suria

Awas jika nampak lelaki terbalikkan cincin suasa ketika masuk tandas, ada juga tinggal di luar... Pemuda kata ‘dia ada sesuatu’

Pelbagai kepercayaan dikongsikan berkaitan pemakaian cincin suasa. -Gambar hiasan

ILMU yang dimiliki oleh seorang manusia boleh diibaratkan seperti setitis air di tengah lautan.

Maksudnya, di dunia ini bidang ilmu itu tersangat luas dan tidak akan pernah habis untuk dituntut manusia.

Bagaimanapun, amat mendukacitakan apabila ada segelintir pihak dilihat terpesong dalam berguru atau menuntut ilmu dengan belajar sesuatu yang bertentangan ajaran Islam.

Sesetengah cincin dikatakan mempunyai sakti. -Gambar hiasan

Melalui satu perkongsian di laman X, seorang lelaki mendedahkan 'petunjuk' yang boleh diperhatikan untuk menentukan jika seseorang itu mengamalkan ilmu hitam.

Jelasnya, walaupun cincin suasa merupakan salah satu aksesori hiasan tetapi ada kalanya ia juga boleh mempunyai kaitan dengan unsur mistik.

"Kalau nampak lelaki terbalikkan cincin suasa yang dipakai ke bawah sebelum masuk tandas dan kemudian kembalikan semula ke kedudukan asal apabila keluar tandas, maksudnya dia ada sesuatu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu rampas cinta jurutera kilang, wanita Indonesia ‘tanam’ sihir dalam makanan... Sanggup masak macam-macam!

ARTIKEL BERKAITAN: 2 tahun buat baik, bantu kewangan tapi nikah gadis lain... Wanita ‘tersakiti’ guna sihir, minta bomoh mandulkan kawan lelaki

"Jangan dekati orang tu. Dia ada ilmunya tersendiri, dalam cincin tu ada dia punya khadam (makhluk) yang menjaga. Benda tu tak suka keadaan dalam tandas kot," ujarnya membuka cerita.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya turut berkongsi pengalaman terserempak dengan individu yang memakai cincin suasa ini.

"Pernah jumpa seorang lelaki ni, dia pakai cincin suasa. Waktu nak salam, dia kata sekejap nak buka dulu cincin yang dia pakai tu, peliknya. Lepas tu ada sekali ni aku keluar merokok, sebelah aku ada seorang lelaki dengan cincin suasa dekat jari.

Kalau tiada tempat nak tinggalkan cincin, itu sebab ada sesetengah orang terbalikkan je ketika masuk tandas.

WARGA MAYA

"Tiba-tiba dia tegur aku, kau hisap rokok jauh sikit boleh tak, kawan aku tak suka. Padahal waktu tu aku dengan dia berdua je dekat situ, siapa la pula 'kawan' dia?

"Arwah ayah banyak juga kumpul cincin suasa macam ni. Aku tolong simpankan cincin tu sekali dengan barang kemas lain dalam satu kotak yang tertutup rapi. Tapi yang peliknya waktu dia meninggal, cincin dia pun ikut sama hilang.

"Barang kemas lain masih ada, cuma cincin arwah ayah je yang lesap. Ke mana pergi? Itu satu misteri yang aku tak dapat jawab," kata sebahagian warga maya.

Warga maya bertukar pandangan.

Dalam pada itu, sebahagian pelayar berpendapat pemakai bertindak sedemikian kerana mungkin cincin suasa itu mempunyai kalimah suci yang perlu ditutup.

"Kadang-kadang cincin suasa ni ada kalimah Allah atau Rasulullah, kalau ikut Mufti Wilayah Persekutuan, hukumnya makruh dibawa masuk ke dalam tandas dan sunat untuk ditanggalkan.

"Ada sekali tu saya tengah melepak dekat luar tandas, tiba-tiba ada lelaki ni minta saya pegangkan dia punya cincin kejap sementara dia masuk ke tandas. Saya menolak, lepas tu dia marah.

"Kalau tiada tempat nak tinggalkan cincin, itu sebab ada sesetengah orang terbalikkan je. Kalau perempuan pakai rantai yang ada kalimah suci pun mereka akan masukkan ke dalam baju ketika pergi tandas," jelas pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain