MEMPEROLEH gaji yang tinggi dan lumayan pastinya menjadi idaman ramai, dan salah satu pilihannya adalah bekerja di luar negara seperti di Singapura. Siapa yang mahu menolak tawaran kerja sekiranya nilai gaji yang diterima berlipat kali ganda berikutan mata wang dolar Singapura lebih kukuh berbanding ringgit. Maka tidak hairanlah ramai yang berlumba-lumba mencuba nasib mencari rezeki di Republik itu, kerana tanggapan mereka gaji tinggi menjamin masa depan cerah. Begitulah keterujaan seorang pemuda yang berkongsi berita gembira di laman sosial mengenai tawaran bekerja di negara jiran itu. Ramai berlumba-lumba bekerja di Singapura kerana nilai gaji yang tinggi. Mana tidaknya, gaji pokok pertama yang diterimanya mencecah lima angka tidak termasuk bayaran tambahan lain seperti elaun kerja lebih masa. ARTIKEL BERKAITAN: Anak Selangor ‘terpaling Singapura’! Bangga tukar kerja gaji 3.5 kali ganda, puji melambung negara jiran ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 20 tahun, rakyat Malaysia baru sedar penat kerja di Singapura! Bujang, simpanan RM1.2 juta tak tahu nak buat apa Menurut pemuda itu, kegembiraannya turut dikongsi bersama teman wanita dan reaksi yang diterima sememangnya tidak disangka-sangka. "Saya beritahu dekat girlfriend, saya dapat tawaran kerja di Singapura. "Gaji yang saya dapat SGD3,500 (RM12,205). Melompat-lompat dia," katanya menerusi hantaran di Facebook. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan Dia bagaimanapun tidak memperincikan apakah pekerjaan yang ditawarkan kepadanya dan tarikh mula bertugas. Di ruangan komen, perkongsian pemuda berkenaan meraih pelbagai reaksi dan pandangan mengenai tawaran gaji bekerja di Singapura. Patut cakap je basic kecil, utamakan orang tua kau lagi bagus... pahala pun dapat. NETIZEN "Tahniah, dia gembira untuk awak. Lebih baik menyimpan untuk masa depan. "Habislah dia kikis duit kau. Maintenance dia lepas ni semakin tinggi la. Patut cakap je basic kecil, utamakan orang tua kau lagi bagus, pahala pun dapat. "Lepas ni dia minta hantaran RM20,000," demikian antara komen netizen. Rakyat Malaysia berulang-alik kerja di Singapura. Pada masa sama, segelintir netizen secara sinis menegur pemuda itu yang secara terangan-terangan mendedahkan gajinya di Republik itu. "Kenapa orang kerja di Singapura ni berlagak ye? Dia rasa bagus sangat ke pegang dolar? "Sikitnya gaji SGD3,500 (RM12,205). Tak berbaloi kerja di Singapura. Orang sekarang semua gaji SGD5,000 (RM17,430) ke atas la. "Satu hari kau kena buang kerja, kau tengok macam mana dia lompat pula," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube