GENERASI terdahulu memang terkenal dengan sikap prihatin dan suka membantu antara satu sama lain. Maka tidak hairanlah apabila kini timbul banyak isu ‘duduk rumah percuma’ selama berpuluh-puluh tahun sehingga menyukarkan pewaris menguruskan hal harta pusaka. Tular di laman Facebook, seorang individu berkongsi tentang tanah milik bapanya telah didiami sebuah keluarga selama kira-kira 40 tahun. Ramai yang memasang impian memiliki rumah idaman. -Gambar hiasan Malah, sebuah rumah bernilai RM15,000 telah dibina di atas tanah berkenaan. “Ada sebuah keluarga menumpang di tanah bapa saya lebih kurang 40 tahun... secara percuma. “Baru-baru ini bapa minta kembali tanah tu dan mereka telah keluar serta meninggalkan sebuah rumah,” ujarnya menjelaskan situasi dialami. ARTIKEL BERKAITAN: 30 tahun hidup menumpang tanah orang, tiba-tiba minta pampasan... Netizen nasihat tuntut sewa tertunggak dulu ARTIKEL BERKAITAN: 70 tahun ‘sedap’ tumpang tanah dan rumah pusaka orang lain... Pemilik suruh keluar, penghuni acu parang Disebabkan terdapat rumah di atas tanah milik bapanya, dia berhasrat untuk mengambil alih kediaman itu daripada keluarga berkenaan. Bagaimanapun, keadaan rumah tersebut dikatakan tidak sempurna dan banyak kerosakan kerana telah berusia 40 tahun. Justeru, individu berkenaan meluahkan hasrat untuk membayar wang ehsan sebanyak RM5,000 kepada keluarga tersebut. Ada sifat perikemanusiaan, bagi je sebagai ihsan. WARGA MAYA Dalam pada itu dia turut meminta pandangan warga maya sama ada perlu membayar wang ehsan atau mengikut harga yang ditetapkan keluarga itu. “Kami bercadang untuk mengambil rumah tersebut... adakah kami perlu bayar harga rumah yang ditetapkan keluarga tersebut ataupun boleh bayar wang ehsan saja? “Kos pembinaan rumah tu RM15,000, kami cadang bayar RM5,000 sahaja disebabkan umah tersebut banyak kerosakan,” katanya. Antara reaksi netizen. Hantaran yang dibuatnya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya. Ramai yang memuji sikapnya kerana bertimbang rasa dan prihatin dengan nasib keluarga yang menumpang selama 40 tahun di tanah milik bapanya. “Jika ada bayaran wang ehsan, itu dianggap berhati mulia... tak beri pun tak apa, yang jadi masalah dia di pihak yang salah minta perkara di luar kuasa dia dan tuan tanah kena ikut rentak dia. “40 tahun free bertapak, kalau saya jadi tuan rumah tu, saya bagi free saja rumah. Tapi kalau tuan rumah orang susah, RM5,000 tu OK dah. “Ada sifat perikemanusiaan, bagi je sebagai ihsan,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube