suria

Pemuda pedalaman tak lalu makan, sedih kekasih ‘online’ minta putus... Tiga kali sehari hantar selfie tetap GF tak percaya, dituduh menyamar

Seorang pemuda dari pedalaman berkenalan dengan seorang gadis. -Gambar hiasan

KEHIDUPAN di kawasan pedalaman berdepan dengan banyak cabaran antaranya kekangan kemudahan komunikasi dan capaian Internet.

Jika hendak ke bandar pula perlu meredah perjalanan berpuluh-puluh kilometer.

Tetapi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman juga mempunyai hati dan perasaan, apatah lagi keinginan untuk bercinta.

Begitulah situasi dialami pemuda yang sedang bercinta dengan seorang gadis dikenalinya secara dalam talian.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Sepanjang tempoh sembilan bulan bercinta, dia yang tidak mendedahkan lokasi kampungnya berkata, kedua-dua mereka sehingga ke hari ini belum pernah bersemuka.

"Kami tak pernah bersua muka kerana saya berada di kawasan pedalaman. Saya tak dapat nak buat video call kerana telefon bermasalah dan isu talian Internet.

"Si dia berada di seberang lautan. Selama sembilan bulan bercinta, setiap hari saya hantar gambar selfie kepadanya... siang, petang dan malam," kongsinya menerusi hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 2.30 pagi pintu bilik hotel diketuk, suami terkejut isteri muncul tiba-tiba! Gigih datang dari Johor ke Langkawi nak ‘spot check’

ARTIKEL BERKAITAN: Siswi tak kisah jadi ATM kekasih, konon GF terpaling memahami... Dedah pakwe belum bayar RM6,000 tapi yakin si dia setia

Tambah pemuda itu, disebabkan beberapa masalah yang tidak dijelaskan, dia belum berpeluang ke tempat kekasihnya itu untuk bersemuka.

Seorang pemuda tinggal di kawasan pedalaman. -Gambar hiasan

Di sebabkan itu, gadis berkenaan mula menunjukkan perubahan sikap malah bertindak mahu memutuskan hubungan mereka.

"Dia ingin putuskan hubungan kerana saya belum dapat berjumpanya dan dia menuduh saya menipu, kononnya saya tidak wujud.

"Bukan sahaja penipu, dia cakap saya ni hanya menyamar sebab tak datang jumpa dia. Saya berasa sangat sedih sehingga jatuh sakit," katanya terkilan.

Jelasnya, dia bukan tidak mahu pergi bersemuka dengan gadis yang dicintainya itu namun isu keluarga dan kewangan membuatkan dia sukar untuk keluar dari kampungnya.

Alasan dia je tu, memang dia tak nak dah.

NETIZEN

Desakan dan tekanan daripada teman wanita membuatkan pemuda itu dalam dilema dan buntu untuk menyelamatkan hubungannya.

"Dia ingin putus. Cuma saya kesal, dia tak percayakan saya dan menuduh saya penipu. Hakikatnya, saya bukan macam tu.

"Saya minta dia datang jika dia tak percaya saya wujud... tapi dia tidak mahu. Dia masih menuduh dan mahu tinggalkan saya. Tolong beri kata semangat, saya dah lima hari tak lalu makan," luahnya lagi.

Seorang lelaki tidak dapat menahan kesedihan. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpanya, dan pada masa sama terkejut dengan tindakan yang dibuat si teman wanita.

"Kalau kat kawasan kampung sendiri line dan Internet tak okay, apa kata pergi ke bandar terdekat dan boleh buat video call. Tak pun Google meet ke. Itupun kalau nak tunjuk usahalah, sebab nak jumpa jauh dan ada masalah kewangan.

"Hanya yang bersedia sahaja mampu harungi lautan gelora. Dah sedia ke?

"Alasan dia je tu, memang dia tak nak dah. Awak suruh datang, tapi dia tak nak. Kemudian dia bagi alasan macam-macam. Move on jelah," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain