suria

Sudah 20 hari kekasih ‘terlepas’ datang haid, pemuda umur 20 tahun gelabah cari pil elak hamil... Netizen ucap tahniah, selamat jadi bapa!

Seks bebas boleh membawa banyak penyakit kepada pelakunya. -Gambar hiasan

GEJALA seks bebas dalam kalangan orang muda di Malaysia sememangnya membimbangkan ramai.

Lebih menyedihkan, ada pasangan yang tergamak menggugurkan kandungan dan membuang anak luar nikah kerana enggan bertanggungjawab.

Di platform X, seorang pemuda berusia 20 tahun membuat pengakuan mengejutkan apabila secara tidak langsung mendedahkan dia telah berzina dengan kekasihnya.

A women receive the baby at her house, story on adopting baby online. Pose by model. — FAIHAN GHANI/The Star

Kebanyakan pasangan muda tidak bersedia untuk menimang cahaya mata. -Gambar hiasan

Menurut pemuda itu, kekasihnya yang berusia 24 tahun tidak datang haid selama 20 hari, menyebabkan mereka risau sekiranya wanita itu sedang berbadan dua.

"Saya lelaki umur 20. Awek umur 24. Dia dah terlepas period dalam 20 hari. Esok dia nak buat ujian kehamilan. Tapi setakat ini macam tak ada apa-apa simptom kehamilan.

"Dia cakap selalunya dia boleh rasa kalau dia nak datang bulan. Ada tak apa-apa cara untuk elakkan kehamilan ini berlaku?

Dia dah terlepas period dalam 20 hari... esok dia nak buat ujian kehamilan.

PEMUDA BUNTU

"Ada tak pilihan seperti pil untuk dia tak mengandung. Tolong bantu," luah pemuda itu menerusi perkongsian di X pada Selasa.

Seorang pelayar X turut berjenaka dengan memberi cadangan supaya pasangan itu bersedia untuk bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

"Boleh siap-siap masuk kelas parenting dan bersedia beli susu dan lampin pakai buang," ciap individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap gugur kandungan luar nikah sejak SPM, wanita diuji selepas kahwin... Zuriat ‘tak lekat’, Tuhan bayar cash!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami buat lawak isteri hamil benih lelaki lain, ketawa depan kawan-kawan! Wanita syukur cerai, memang layak ditinggalkan

Beberapa netizen turut menyelar tindakan pasangan itu yang melakukan hubungan terlarang tanpa sebarang perlindungan.

"Kalau mengandung, pikullah tanggungjawab. Kalau tak mengandung, kau bernasib baik tapi lain kali pakai kondom atau jauhi zina

"Dia tak akan mengandung kalau kamu tak melakukan hubungan seks," tulis pelayar X.

h2

Wanita yang hamil anak luar nikah sering dipandang serong oleh masyarakat. -Gambar hiasan

Seorang lagi netizen turut meninggalkan komen berunsurkan plot twist dan meminta pemuda itu membuat semakan sekiranya wanita tersebut benar-benar hamil anaknya.

"Kalau dia mengandung, soalan sepatutnya adalah siapakah bapa anak itu? Selamat maju jaya untuk cari kebenaran," tulis seorang lagi individu.

Sebagai peringatan, lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang tidak halal baginya iaitu yang belum dinikahinya adalah satu perbuatan zina dan berdosa besar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia