suria

Ejen rumah sewa buat ‘magic’ dalam kontrak, tiba-tiba penyewa kena tanggung kos servis 4 aircond! Lelaki hilang deposit RM2,800

Kos penyelenggaraan pendingin hawa adalah antara salah satu perkara yang perlu terkandung dalam kontrak antara penyewa dan pemilik kediaman. -Gambar hiasan

SERING kali kita dipaparkan dengan luahan pemilik rumah mengenai sikap buruk penyewa di laman sosial.

Dalam satu hantaran yang tular di Facebook, seorang lelaki yang merupakan penyewa berkongsi pengalaman berbeza melibatkan ejen dan pemilik rumah sewa yang tidak akan dilupakannya.

Menurut lelaki berkenaan, dia menyewa sebuah kediaman dengan menggunakan khidmat ejen sebagai perantara untuk berurusan dengan pemilik rumah.

Pada peringkat permulaan, segala-galanya berjalan lancar apabila ejen yang diupah dengan kos berjumlah RM500 melakukan setiap urusan dengan pantas dan cekap.

"Namun selepas sign kontrak, ejen sangat tidak responsive. Kipas ruang tamu rosak, apabila saya buat aduan tidak dibaiki. Bayarannya mahal tetapi servis perlahan.

"Soket elektrik mesin basuh dan porch kereta rosak saya baiki sendiri, tidak minta satu sen pun daripada ejen dan owner.

"Saya baiki sendiri soket elektrik sebab saya adalah seorang jurutera elektrik. Apabila saya laporkan kerosakan original defect, ejen buat tak tahu," kongsinya.

ejen 2

Penyewa perlu memahami dengan jelas terma dan syarat di dalam kontrak untuk mengelakkan caj tersembunyi. -Gambar hiasan

Ujarnya, dia bukan sahaja tidak berkira apabila mengeluarkan kos sendiri untuk membaiki kerosakan kecil, malah menjaga rumah yang didiaminya dengan baik sepanjang tempoh sewaan.

"Saya punyalah takut nak drill lubang untuk anchor almari besar, saya sanggup pakai gam silicon sahaja semata-mata tak mahu drill... takut rosak dinding.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah ‘mati akal’ penyewa langgar kontrak, nak pindah lepas 2 tahun... Netizen saran pulangkan deposit

ARTIKEL BERKAITAN: 8 beradik berebut rumah sewa 24 unit, ‘perjanjian mulut’ bertukar selepas ibu meninggal! Bapa usir anak tunggal lelaki tukang bina kediaman

"Saya adalah penyewa yang baik. Sentiasa bayar awal atau on time. Tidak pernah lewat," tulisnya lagi.

Bagaimanapun dia mendakwa ejennya melakukan tipu helah di dalam kontrak perjanjian, membuatkan dia nekad untuk keluar dan mencari rumah sewa lain.

Sebelum sign agreement dan stamping, anda wajiblah baca agreement tu. Kalau tak setuju, boleh pinda.

NETIZEN

"Ejen senyap-senyap semasa sign agreement letak syarat wajib servis aircond kepada saya (penyewa) dalam tempoh menyewa, servis kesemua aircond di rumah ini. Ada empat biji aircond.

"Total kos RM600. Sebelum sign kontrak bincang dalam WhatsApp tak pernah beritahu pun servis aircond tanggungjawab penyewa, tiba-tiba waktu sign agreement ada pula.

"Saya rasa tertipu dengan helah ejen mengenai servis aircond ini. Saya breach kontrak keluar empat bulan awal. Walaupun saya sudah beritahu ejen satu setengah bulan lebih awal, ejen dan owner tetap tidak boleh negotiate," kongsinya.

Tambah individu berkenaan, ejen mencadangkannya mencari penyewa baharu untuk mendapatkan semula deposit, namun dia gagal berbuat demikian.

"Duit deposit saya dua bulan bernilai RM2,800 hangus. Yang terbaik ejen boleh offer hanyalah waive bil elektrik dan air lebih kurang RM100.

"Ini pengalaman saya... lepas ini haruslah lebih berhati-hati. Lebih baik sewa direct dengan owner. Jika mahu berurusan dengan ejen rumah sewa, carilah yang kenal, saudara atau kawan yang betul-betul rapat.

"Baca kontrak... jangan 'terciduk' benda yang bukan-bukan," kongsinya.

ejen 1

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian lelaki berkenaan.

Sehingga kini hantaran lelaki berkenaan meraih 251 shares di Facebook selain dibanjiri pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-ratanya menasihatkan mana-mana penyewa agar membaca kontrak terlebih dahulu sebelum bersetuju agar tidak berlaku pelbagai isu di kemudian hari.

"Sebelum sign agreement dan stamping, anda wajiblah baca agreement tu. Kalau tak setuju, boleh pinda.

"Sebelum sign kontak sewa, penyewa kena check dulu kerosakan rumah. Untuk elak kita dituduh penyebab kerosakan. Termasuk memastikan semua bil lama telah dilunaskan sebelum melangkah masuk.

"Kalau rasa teruk ditipu agen, masuk tribunal," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain