WANITA yang sedang berbadan dua biasanya mudah penat dan akan mengelak daripada melakukan aktiviti menggunakan banyak tenaga. Di TikTok, seorang wanita hamil meraih perhatian ramai apabila mengadu tentang nasibnya ketika membeli makanan di sebuah gerai. Dakwa wanita itu, dia tidak dipedulikan oleh orang sekeliling dan terpaksa beratur sama seperti pelanggan lain meskipun dirinya sarat hamil. Perbuatan memotong barisan ketika membeli atau membuat pembayaran tidak patut diamalkan. -Gambar hiasan "POV: Kamu sebagai wanita mengandung di Malaysia. Langsung tiada budi bahasa," ujarnya pada keterangan video. Menurut wanita itu lagi, apa yang berlaku terhadap dirinya adalah satu fakta dan dia berharap situasi itu dapat diubah di Malaysia. "Juga tiada simpati. Saya pastinya akan dibenarkan potong barisan atau diberi kerusi untuk duduk jika di luar negara. Saya sayang Malaysia. Tak ada orang lain yang boleh beratur ke? Mana suami? NETIZEN "Sakit pinggang akak tau. Orang Malaysia terasa? Ini adalah hakikat yang menyakitkan. Maaflah saya tak patut cakap semua rakyat Malaysia. "Sebenarnya hanya orang tertentu kat sini. Tapi kalau terasa, pasti korang ada sesuatu untuk diperbaiki. Wanita yang hamil adalah insan istimewa," ujarnya. Berdasarkan keterangan pada video, kejadian itu berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan. ARTIKEL BERKAITAN: Abang Grab tak ambil tambang wanita hamil, minta doakan dapat zuriat! Ikhtiar suami sampai ke pengetahuan isteri ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil lama berdiri, tumpang berteduh di khemah penjaja! Pemuda tak sanggup tengok, terus redah hujan hulur kerusi Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen yang kurang setuju dengan pengadu memandangkan tiada sesiapa yang memaksanya untuk beratur. "Tak ada orang lain yang boleh beratur ke? Mana suami? "Laaa... dia yang hamil, orang lain pula kena fikir? "Muhasabah diri. Lepas ni minta suami yang belikan kalau mengidam," pesan beberapa netizen. Wanita hamil sering mengidam pelbagai jenis makanan. -Gambar hiasan Beberapa wanita yang pernah berbadan dua turut berkongsi pandangan mereka tentang apa yang disuarakan wanita itu. "Waktu aku mengandung, suami suruh aku duduk. Biar dia beratur beli makanan. Bukan apa sebenarnya kak. Antara suami nak (buat) dengan tak nak, itu je. "Entahlah. Sekarang aku mengandung lapan bulan. Tapi tak pernah harap orang buat baik. "Saya masa hamil, suami selalu bawa kerusi camping ke mana-mana. Kalau pergi mall, dia ambilkan kerusi roda," ujar beberapa wanita lain. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube