TAK mustahil sesebuah negara itu runtuh gara-gara rakyatnya sendiri! Jika bukan rakyat yang hendak mempertahankan tanah kelahiran, siapa lagi yang akan berbuat demikian? Melalui satu hantaran di laman X, seorang lelaki menzahirkan rasa kecewa apabila sahabatnya sanggup berkata buruk tentang Malaysia tercinta dan menjadikannnya bahan jenaka ketika merantau ke luar negara. Teman yang lebih banyak buruk daripada baiknya harus ditinggalkan. -Gambar hiasan Menurut lelaki tersebut, akibat perbuatan jelik rakan karibnya itu, dia mengambil keputusan untuk mengakhiri persahabatan mereka berdua. "Ini kisah yang aku masih ingat sampai sekarang. Aku pernah dengar kawan aku kutuk Malaysia waktu bersembang dengan seorang mat salih ni, kononnya nak buat kenalan baharu. "Mat salih tu terkejut dengar kawan aku punya penceritaan sampai dia datang tanya aku balik, betul ke Malaysia ni teruk sangat? Sedih apabila maruah negara aku dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita malu balik Malaysia, ‘auto’ gagap cakap Melayu selepas setahun di UK... Terpaksa guna Google Translate ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih merungut orang Malaysia tak beri layanan istimewa, malah rasa diri dibenci... Di Thailand semua ‘murah’ senyuman "Bukan macam ni caranya nak bina jalinan dengan orang luar," ujar lelaki itu yang remuk hatinya. Tambah lelaki berkenaan, setiap negara mempunyai kekurangannya tersendiri dan tiada yang sempurna. "Kalau sanggup burukkan negara sendiri semata-mata nak bergaul dengan mat salih, lebih baik buang je pasport tu. Setiap negara pasti ada masalahya, jangan ingat mereka tu baik sangat. Orang kita hanya nampak keburukan negara sendiri, orang luar pula yang tahu menghargai. WARGA MAYA "Tak faham kenapa sesetengah rakyat kita suka hebohkan benda buruk tentang negara kita dekat orang asing. Mungkin nak bagi mereka nampak terpaling bagus, padahal mereka pun sebahagian daripada masalah tu. "Maaf la, kalau begini perangainya, lebih baik buang negara je. Tak bawa apa-apa manfaat dekat Malaysia," kata lelaki tersebut menutup bicara. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya beranggapan rakan kepada lelaki itu sebagai seseorang yang tidak boleh dipercayai. Warga maya bertukar pandangan. "Kalau negara pun dia sanggup khianati, apatah lagi keluarga dan kawan-kawan dia sendiri. Busuk sungguh hatinya, semoga tak pulang ke Malaysia dah. "Ini terkonon dia paling maju fikirannya tetapi sebenarnya dah terkebelakang. Melalui kata-kata sebenarnya boleh nampak yang kita kurang bijak, jadi lebih baik diam. Kalau diam, orang tak tahu kita kurang pendidikan. "Sempit fikiran, dia tak tahu ke Malaysia ni ramai orang luar yang maha kaya datang jadikan rumah kedua. Ada yang terus bermastautin di sini. Ramai yang berebut-rebut nak kerakyatan kita. "Orang kita hanya nampak keburukan negara sendiri, orang luar pula yang tahu menghargai," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube