suria

Wanita jatuh cinta rakan sekerja, anggap lelaki paling dipercayai... Lepas 7 bulan status terbongkar, menyesal tak selidik awal!

Hubungan akrab dengan rakan sekerja membuatkan selesa berkongsi cerita. -Gambar hiasan

PERASAAN cinta dan sayang memang sukar untuk ditolak kerana ia hadir tanpa disedari.

Perasaan itu boleh timbul apabila sering bersama, terutamanya hubungan di tempat kerja.

Persoalannya adakah rakan sekerja itu masih bujang untuk dijadikan kekasih?

Begitulah luahan seorang wanita yang menaruh perasaan terhadap seorang jejaka yang juga merupakan rakan sekerja.

"Orang cakap dia single, tapi dia tak pernah pun nafikan atau jelaskan status sebenar," katanya menerusi luahan di Facebook.

Keperibadian seorang lelaki begitu disenangi. -Gambar hiasan

Lama-kelamaan, wanita itu merasakan hubungannya bersama pemuda berkenaan begitu serasi, apatah lagi kebanyakan masa dihabiskan bersama.

Malah tanpa segan silu, dia mengakui berasa selesa dengan jejaka itu dan paling dipercayai berbanding kenalan lelaki lain.

"Masa kerja pun kami sekepala, dua-dua workaholic, makan dan lepak sama-sama. Apa-apa cerita, dia akan bercerita dengan aku, rancangan dia pasal kerja pun aku tahu.

"Selesa sangat dengan dia, aku jadi diri aku, sampai tahap dia lelaki yang paling aku percaya," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Senang hati dapat dim sum percuma, dilayan istimewa... Tapi wanita buat-buat tak faham usaha lelaki, ‘friendzone’ rakan sepejabat

ARTIKEL BERKAITAN: Mek Pantai Timur jatuh cinta pandang pertama... Makin ‘cair’ bakal jodoh berani ajak kahwin cepat

Namun menurut gadis itu, hanya satu perkara yang menjadi tanda-tanya mengenai lelaki berkenaan iaitu statusnya sama ada masih bujang atau sudah mempunyai teman wanita.

Hati lelaki itu rupanya sudah dimiliki. -Gambar hiasan

Bagaimanapun status yang menjadi misteri itu akhirnya diketahui selepas lebih setengah tahun perkenalan mereka di tempat kerja.

"Selepas tujuh bulan kami kenal, aku saja-saja tanya dia, girlfriend dia orang mana, kerja apa dan sebagainya. Kemudian dia cakap kenapa dia kena cerita pasal ni, tapi akhirnya dia cerita juga.

"Aku orang pertama kat ofis tu yang tahu dia dah ada seseorang. Well, aku sedih tapi kena soroklah. Tapi kami masih berkawan macam biasa," katanya.

Dah ada awek tak payahlah layan perempuan lain macam kau ni tak ada awek.

NETIZEN

Mengimbas kembali, wanita itu berkata dia tidak menyangka selama ini dia menjalinkan hubungan rapat rakan sekerja yang sudah berpunya.

"Bekerja sekali, jumpa pun hari-hari kecuali Sabtu Ahad, jadi banyak cerita. Dalam bercerita, bertanya soalan kadang-kala dia tanya aku... kau single kan?' atau kau bila nak kahwin?.

"Aku gelak-gelak je, tapi jauh di sudut hati aku terdetik... beruntunglah perempuan yang kau simpan dalam hati tu," katanya.

Tatakala segala tanda tanya terungkai, wanita itu berkata dia tidak pernah berniat untuk mengambil hak orang lain untuk dijadikan pasangan.

"Tapi kalau aku tahu awal-awal yang dia milik orang, mesti perasaan ni tak hadir. Ada tip macam mana nak hilangkan perasaan ni?" soalnya kepada warga maya.

Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan situasi yang dihadapinya sambil menitipkan pesanan supaya reda dan bersikap positif.

"Move on je lah. Ramai lagi lelaki single atas muka bumi ni.

"Dah ada awek tak payahlah layan perempuan lain macam kau ni tak ada awek. Perempuan ni mudah jatuh cinta tapi tak payah kau nak ambil kesempatan, kawan je.

"Fokus kerja dan jangan beritahu perasaan kau. Nanti persahabatan bertukar jadi orang asing," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain