suria

Tak tahan bau busuk, individu puas hati dapat buang budu milik housemate... Beri alasan dah rosak

Masyarakat Pantai Timur gemar menikmati budu bersama nasi. -Gambar hiasan

BAGI masyarakat Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu, budu merupakan antara menu yang wajib ada dalam pemakanan harian mereka.

Meskipun berhijrah jauh ke bandar-bandar besar, mereka tetap akan mencari budu yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebanyakan juadah khususnya nasi.

Di platform X pula, seorang individu tular selepas dia bercerita tentang rakannya yang menyimpan budu sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran bau di dalam rumah.

One week has passed since the campaigning period begins for the state elections and it looks like Kelantan will remain a “green” state.

Budu merupakan hidangan popular dari Kelantan. -Gambar hiasan

Dalam hantaran itu, pengadu memuji sikap rakannya yang gemar memasak untuk para penghuni yang lain, namun dia kurang senang dengan bau budu yang busuk.

"Housemate aku rajin memasak untuk kami. Masakan dia pun sedap. Cuma aku tak suka budu yang ada setiap kali aku nak makan. Bau busuk," ujarnya memulakan cerita.

Menurut individu itu, dia juga pernah membuang stok budu kepunyaan rakannya sehingga ia tidak lagi dihidangkan di dalam rumahnya.

Aku doakan kau dapat pasangan orang Kelantan yang kaki budu.

NETIZEN

"Aku pernah buang stok budu dia. Dan bila dia tanya, aku cakap budu tu rosak, tak selamat untuk dimakan.

"Sejak daripada itu, dia tak hidang dah budu. Adakah aku kejam?" tulisnya dalam perkongsian di X pada Jumaat.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen menyelar sikap individu itu yang dianggap mementingkan diri dan tidak menghormati rakannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kelantan enggan pulang, fobia rasa terhina di negeri sendiri... Syukur Shah Alam jamin hidup berkualiti

ARTIKEL BRKAITAN: Isteri nak pulang beraya di Kelantan, suami cuma pandu sampai kampung sendiri di Terengganu - “Pandai-pandailah awak balik sendiri”

"Budu tu makanan juga kan? Tak baiknya buang makanan. Rezeki tu. Lagi busuk hati buang member punya makanan.

"Kau orang paling tak reti bersyukur. Pentingkan diri sendiri. Aku harap kau cirit-birit seminggu. Aku sampai sini terasa perbuatan kau.

"Jahatnya. Dah la kau makan masakan dia. Tanya pula kejam ke tidak? Lepas ni kau makan luar atau masak sendiri je.

"Bodohnya kau. Budu payah nak rosak gila. Orang masak untuk kau, kau balas tahi? Ya kau kejam," tulis beberapa netizen.

Heavenly trio- (clockwise) sambal belacan, cencaluk and budu with a local green salad cucumber, four-angled beans, pennyworth, cashew leaves and wild cosmos.

Budu biasanya dihidangkan bersama sambal dan ulam-ulaman. -Gambar hiasan

Netizen turut berseloroh apabila mereka mendoakan pengadu berkahwin dengan orang Kelantan dan dia dihantui dengan budu sepanjang hayatnya.

"Semoga kahwin nanti dengan peminat budu. Tu je nak cakap.

"Aku doakan kau dapat pasangan orang Kelantan yang kaki budu. Semoga Allah makbulkan doa aku sebab kau hati busuk," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain