suria

Anak guna sentimen ‘kubur mak masih merah’, tak suka bapa umur 60 tahun bercinta lagi... Anggap lelaki tak setia!

Lelaki berstatus duda sering berdepan pandangan serong jika mereka kembali bercinta. -Gambar hiasan

LELAKI yang kematian isteri pastinya akan berasa sunyi, jadi tidak hairanlah sekiranya mereka mula mencari pengganti.

Di platform X, seorang individu berkongsi cerita tentang bapanya yang dihidu sedang bercinta selepas kematian ibunya hampir dua bulan lalu.

Menurut pengadu, dia juga perasan bapanya mula menunjukkan perubahan apabila setiap gerak-gerinya kelihatan seperti orang yang sedang angau bercinta.

x (50)

Kematian isteri menyebabkan lelaki mula berasa sunyi. -Gambar hiasan

"Mak saya baru meninggal Ramadan lepas. Tapi gerak hati saya rasa macam ayah tengah text seseorang. Saya belajar di negeri lain, jadi baru balik selepas dua bulan, baru perasan.

"Mula-mula saya dengar ayah sedang berborak dalam telefon pukul 1 pagi. Kedua, dia keluar malam-malam pergi bandar pakai perfume bau kuat. Sebelum ni jarang dia pakai perfume kalau keluar.

"Ketiga, saya perasan ayah WhatsApp seseorang, yang pasti wanita, siap pakai sticker cinta. Nampak perbualan daripada wanita itu, ada emoji hati," dedahnya.

Ayah saya dah nak masuk 60 tahun... kubur mak masih merah lagi.

ANAK

Menurut individu itu, dia seolah-olah sukar menerima apa yang berlaku memandangkan ibunya baru sahaja meninggal dunia.

"Ayah saya dah nak masuk 60 tahun. Kubur mak masih merah lagi. Saya nak je ayah saya gembira tapi dilema sebab arwah ibu saya tiada apa yang kurang pun sepanjang hidupnya.

"Dia memang setia tapi kenapa lelaki tak boleh setia?" luah pengadu lagi menerusi perkongsian yang dimuat naik ke X pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kutip rambut gugur ketika mandikan mayat ibu, gadis simpan baik-baik dalam dompet... Ramai pula tegur isu aurat arwah

ARTIKEL BERKAITAN: Demi tunai hajat ibu, anak menggigil tahan sebak masa baca talkin... Kini cuma lelap sejam sehari, tabah puasa sendirian

Di ruangan komen, seorang individu yang pernah kematian ibunya berkongsi pandangan berbeza dan meminta pengadu agar tidak menghalang hubungan bapanya.

Menurut individu tu, perkahwinan baharu bukan bersandarkan nafsu atau cinta semata-mata, sebaliknya ia turut berkait dengan kebajikan bapa serta keluarga.

"Tak baik anggap semua bapa macam tu. Ayah saya pun lepas tiga bulan arwah ibu meninggal, dia kahwin lain. Ayah saya jenis suka rumah kemas, suka masak dan tanam sayur.

"Sebenarnya awalnya saya tak setuju dan rasa kena betray bila ayah nak kahwin lagi. Tapi saya fikir adik-adik saya macam mana? Kalau adik-beradik tiada di rumah, siapa nak teman ayah?

People cleaning up grave of their love ones at Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur. Muslims in Malaysia will observe the Ramadhan or fasting month on Monday, May 6, 2019. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Mati itu pasti, maka yang hidup perlu meneruskan kehidupan seperti biasa. -Gambar hiasan

"Persoalan itu membuatkan saya bagi dia peluang untuk bercinta lagi. Rasa cinta anak-anak lain daripada rasa cinta dengan peneman hidup," ujar individu itu.

Tambahnya, perkahwinan baharu tidak bermaksud si bapa mahu melupakan arwah isterinya, sebaliknya mereka memerlukan seseorang untuk sentiasa menemani di sisi.

"Untuk anon, dua bulan mungkin terlalu pendek buat awak. Tapi awak kena tahu, ayah awak tak akan lupakan arwah mak awak.

"Setiap detik dia akan ingat permaisuri pertama dia. Sila beri peluang untuk ayah awak bercinta lagi dan mencari kebahagian untuk dirinya," pesan individu itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain