KITA dianjurkan supaya sentiasa memuliakan tetamu kerana mereka yang bertandang itu sebenarnya membawa rezeki. Bagaimanapun situasi berbeza dialami wanita ini apabila tetamu yang hadir semasa sambutan Hari Raya Aidiladha pada Isnin lalu bukan sahaja tidak menjaga adab malah turut mengkritik dia menguruskan rumah. "Kau orang pernah tak ada ipar atau mentua datang rumah, habis semua bilik dan segala almari kau dia buka? Kebanyakan masyarakat gemar menganjurkan rumah terbuka semasa musim perayaan. -Gambar hiasan "Kemudian nak tengok apa yang ada dalam peti ais," luahnya di laman TikTok. Menurut wanita ini, keluarga mentuanya bukan sahaja mengkritik cara susun atur di rumahnya, malah turut memunggah barang-barang yang disimpan. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan 'makcik bawang' ya” - Ibu borak sakan ketika ziarah raya sampai anak tertidur... video tular buat guru sedar sesuatu tentang dirinya ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu cari rak buku ketika ziarah didakwa tak beradab, sebenarnya ada kisah di sebalik apa yang berlaku – “Jika jumpa saya harap tidak terasa hati” "Datang rumah orang jadi macam tetamu, bukan seperti orang dalam rumah! Tak payah punggah-punggah, dah macam polis cari bahan bukti. "Kau datang pun tak diundang tapi sibuk nak complaint cara orang jaga rumah," luahnya dalam nada marah. Ipar saya ada datang, kemudian cakap rumah saya tak ada set teko atau pinggan yang elok. WARGA MAYA Hantaran yang dibuatnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Tidak kurang juga yang mengakui melalui situasi seperti wanita terbabit sehingga berasa takut untuk menganjurkan rumah terbuka. "Macam mak mentua aku, masa suami aku dengan aku tiada di rumah... dia masuk senyap-senyap dalam bilik kami. Netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing. "Sebab tu sejak dulu saya pakai konsep close house walaupun orang cakap tetamu yang datang ke rumah kita tu bawa rezeki. Aku dah rasa rumah aku dioperasikan. "Ipar saya ada datang, kemudian cakap rumah saya tak ada set teko atau pinggan yang elok. Saya ni banyak anak kecil, memang banyak perkakas plastik je. "Dulu suami saya panggil kak long dia auditor datang nak buat audit rumah kami, kemudian dia lapor pada direktor iaitu mak dia untuk lulus atau gagal," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube