suria

Belum hilang sedih mak ayah meninggal, kapten kapal tergamam dapat mesej jiran... Ada video isteri bawa lelaki masuk rumah!

Ujian dalam rumah tangga adalah lumrah yang perlu dihadapi suami isteri. -Gambar hiasan

KEHILANGAN insan tersayang pastinya meninggalkan kesan yang mendalam kepada sesiapa sahaja.

Begitulah yang dirasai individu ini apabila ibunya meninggal dunia awal Januari lalu.

Lebih menyedihkan apabila dia tidak berpeluang menatap wajah ibunya buat kali terakhir kerana kekangan kerja dan berada jauh daripada keluarga.

Berkongsi cerita, lelaki yang tidak mendedahkan identiti berkata, ibunya meninggal dunia semasa dia dalam pelayaran ke Portugal.

“Aku bertugas sebagai kapten kapal yang pertama. Semasa mak aku meninggal, aku atas kapal ke Portugal dan hampir setahun tak jejak rumah.

Lelaki ini meluahkan kesedihan di dalam doanya. -Gambar hiasan

Doa merupakan senjata umat Islam. -Gambar hiasan

“Aku sedih sangat sebab daripada kecil mak aku selalu cakap nak aku uruskan perkara berkaitan pengebumian dia... aku yang paling manja dan rapat dengan parents,” luahnya sayu.

Ketika pemergian ibu masih berbekas, lelaki yang kini berusia 34 tahun itu berkata dia sekali lagi diuji dengan kematian bapa sebulan selepas itu.

Dia yang merupakan anak bongsu berkata, dugaan yang dialami membuatkan dirinya dirundung kesedihan yang teramat sangat.

Tambahan pula dia tidak pernah berpisah dengan kedua-dua ibu bapanya sehinggalah berjaya menamatkan pengajian.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kerja offshore cerai ibu demi kahwin janda! Selepas bankrap, guna nama anak buat loan tapi tak bayar sampai kena blacklist

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib suami kerja ‘offshore', gaji RM50,000 pun isteri tak nak layan... Tiba-tiba minta cerai, tuntut 50 peratus harta sepencarian

Tidak terhenti begitu saja, dia sekali lagi diuji dengan sikap isteri yang tidak setia dan bermain kayu tiga sepanjang peninggalannya.

“Dalam fasa aku bersedih dan cuba untuk meneruskan kehidupan selepas kehilangan mak ayah, aku menerima WhatsApp daripada jiran yang bertanyakan sama ada aku sudah pulang atau belum kerana sering terdengar suara lelaki dari rumah aku.

“Selang beberapa hari selepas dimaklumkan aku tiada di rumah, dia hubungi sekali lagi dan nyatakan setiap hari ada lelaki datang ke rumah aku.

“Masa tu aku positif yang datang tu abang ipar sebab isteri aku rapat dengan abang dia. Aku suruh jiran tangkap gambar atau video tunjuk pada aku,” ujarnya yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga.

Aku soal siasat lelaki tu dan dia jujur segala-galanya... dah empat bulan mereka duduk bersama.

PENGADU

Enggan isu tersebut mengganggu kerjanya, dia memutuskan untuk tidak bertanya si isteri sehinggalah menerima gambar dan video daripada jirannya awal Jun lalu.

Melihatkan rakaman tersebut, dia terkejut kerana lelaki yang disangkakan abang iparnya adalah berbeza.

“Hati aku terus rasa berdebar lepas tengok, tak rasa nak bekerja sebab huru-hara dalam kepala. Semasa nak bergerak dari Portugal ke Vietnam, kapal aku bergesel dengan sebuah kapal tunda.

“Insiden yang berlaku menyebabkan kapal tak boleh berlayar dan mekanik pun minta tempoh lima hingga tujuh hari untuk baik pulih kebocoran kecil yang berlaku.

Warga maya turut memberikan reaksi negatif terhadap isterinya.

Warga maya turut memberikan reaksi negatif terhadap isterinya.

“Tempoh yang ada tu aku ambil keputusan untuk pulang Malaysia. Aku sampai dalam pukul 10 pagi dan terus hubungi jiran untuk minta dia teman aku masuk rumah,” ujarnya.

Sementara menunggu kehadiran jirannya dari pejabat, dia terkejut apabila melihat seorang lelaki mencium pipi isterinya.

“Isteri aku terus lari masuk rumah, aku soal siasat lelaki tu dan dia jujur segala-galanya... dah empat bulan mereka duduk bersama.

“Kemudian aku jumpa isteri di dalam rumah dan tanya kenapa dia buat macam tu. Dia cakap sebab sunyi sedangkan dia yang pilih nak kahwin dengan aku walaupun dah bagitahu kerja aku,” luahnya sedih.

Susulan daripada itu, dia terus menukar nombor telefon dan kata laluan semua sosial medianya serta kembali ke Portugal untuk meneruskan kerjanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain