KEBANYAKAN kanak-kanak autisme mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berdepan masalah cerewet dalam pemilihan makanan sehingga digelar picky eater. Mereka juga gemarkan hidangan yang sama setiap hari kerana masalah perkembangan sensori dan tingkah laku berulang yang dialami. Begitulah yang dilalui wanita ini, apabila anak istimewanya hanya mahu menikmati kuah laksa sehingga dia terpaksa membuat pesanan yang sama setiap hari daripada seorang peniaga. Tangkap layar perbualan yang dikongsikannya di laman TikTok Kisahnya itu tular selepas pelayar TikTok Dapur Masliana berkongsi tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp antaranya dengan wanita terbabit. Malah katanya, persoalan tentang pembelian tersebut akhirnya terjawab apabila individu berkenaan secara tidak langsung menjelaskan situasi yang dialami. "Alhamdulillah... tertanya-tanya kenapa kakak ni tempah kuah laksa setiap hari, tak jemu ke? Rupa-rupanya... Alhamdulillah," luahnya di ruangan kapsyen selepas menerima mesej pelanggan terbabit pada 14 Jun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sedang sakit, anak tinggalkan nota dan duit depan restoran! Pemilik bungkus nasi, lauk sedekahkan kepada pelanggan ARTIKEL BERKAITAN: Ibu scam anak sendiri! Masak nasi bujang di dapur tapi bungkus macam kedai, siap ada paper bag... Habuan asyik nak makan luar Berkongsi cerita dengan mStar, pemilik akaun Dapur Masliana atau Masliana Yusoff, 43, berkata, pelanggannya itu hanya membuat tempahan kuah laksa sahaja dengan jumlah dua hingga tiga kilogram sehari. Katanya, tempahan akan dibuat pada waktu yang sama iaitu sejurus selepas dia memaklumkan tentang pembukaan kedai di media sosial. "Dia akan order dua hingga tiga kilogram setiap hari dan pada waktu yang sama iaitu setiap kali saya update tentang buka kedai. Budak tu tak mahu yang ibu dia buat... cerdik dia sebab boleh tahu perbezaan. MASLIANA YUSOFF PENIAGA LAKSA "Pelanggan ni mula beli kuah laksa dengan saya sejak lima bulan lalu sehingga sekarang dan kami tak pernah bersua muka pun," ujarnya. Mengakui pelik kerana menerima tempahan daripada individu yang sama setiap hari, dia yang berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang enggan bertanya lanjut dengan pelanggannya itu. Justeru dia meluahkan rasa terkejut apabila wanita terbabit secara tiba-tiba menjelaskan sebab pembelian berkenaan. Sebahagian pelanggan yang menikmati laksa jualannya di Dapur Masliana Sungai Ara. "Saya tak tanya dia tapi dia yang buka cerita sendiri sebab asyik terlepas nak buat tempahan. "Dia cakap, pesanan tu untuk anak istimewanya sebab anak dia tak makan sajian lain selain yang ada kuah laksa sebagai pembuka selera," tambahnya. Bukan itu sahaja, menurut Masliana, anak pelanggannya juga tidak mahu menikmati laksa yang dijual di kedai lain termasuk air tangan ibunya sendiri. Antara reaksi warga maya di videonya. "Budak tu tak mahu yang ibu dia buat atau beli daripada kedai lain, dia tetap nak kuah laksa saya... cerdik dia sebab boleh tahu perbezaan," ujarnya lagi. Berkongsi tentang perniagaan laksa, Masliana berkata dia mula berniaga pada 2016. Katanya, pada masa tersebut jualan dilakukan secara kecil-kecilan sahaja. "Bermula daripada warung sehingga boleh buka restoran. Tapi masa zaman Covid-19, kami terpaksa tutup restoran dan mula kembali dari rumah kedai," luahnya yang berniaga di Sungai Ara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube