suria

Tak terlintas nak gugur! Wanita mangsa rogol cari NGO, minta tolong dapatkan ibu bapa angkat - “Syukur dia membesar jadi budak baik”

Pemerkosaan merupakan satu jenayah berat di sisi undang-undang. -Gambar hiasan

WANITA hamil anak luar nikah sering menerima pelbagai stigma negatif daripada masyarakat.

Lebih mendukacitakan apabila cemuhan berterusan daripada pihak sekeliling boleh menyebabkan seseorang itu menanggung malu melampau sehingga akhirnya membuat keputusan yang melulu.

Antaranya menggugurkan kandungan supaya tidak berterusan diingatkan tentang keterlanjuran yang dilakukan dan dapat memulakan kehidupan baharu sesegera mungkin.

Kesucian diri diragut oleh lelaki berhidung belang. -Gambar hiasan

Namun berbeza kisahnya melalui satu perkongsian di laman X, apabila seorang wanita mendedahkan dia pernah melahirkan cahaya mata yang tidak diketahui siapa bapanya.

"Saya pernah diberikan dadah secara paksa sehingga tak sedarkan diri, kemudiannya saya dirogol. Saya diamkan apa yang terjadi sebab takut sangat nak beritahu sesiapa. Tak lama selepas tu saya disahkan berbadan dua.

"Saya pasrah dengan apa yang terjadi, setelah lama berfikir saya ambil keputusan untuk simpan kandungan tu. Waktu usia kandungan memasuki trimester ketiga, saya hubungi badan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan ibu bapa angkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Perogol mahu bertanggungjawab hamilkan gadis bawah umur... Mak ayah mangsa terus ‘cair’, tarik balik laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak suruh gugur kandungan! Wanita ini dipandang hina gara-gara bunting pelamin... Ramai tuduh hamil anak luar nikah

"Alhamdulillah saya ditemukan dengan pasangan yang mahukan anak angkat dalam masa terdekat dan tak lama selepas tu saya pun selamat bersalin," ujar wanita itu mengimbas kisah hitamnya.

Tambah wanita tersebut, dia tidak memutuskan hubungan dengan anak lelaki yang dilahirkannya itu dan secara berkala bertanyakan khabar.

"Dalam tahun-tahun yang seterusnya, beberapa kali melawat anak saya tu. Syukur dia membesar jadi budak yang baik. Mak ayah (angkat) dia selalu cakap yang dia budak bijak, mungkin diturunkan daripada genetik saya.

Yang kotor dan keji hanyalah perogol awak, jangan sesekali pernah rasa hina dalam diri tu.

WARGA MAYA

"Saya lega apabila tanggungjawab terhadap zuriat dapat diselesaikan dengan baik. Sekarang saya berharap dapat jumpa peneman hidup yang boleh menerima saya seadanya, walaupun kisah silam saya seperti ini.

"Tipu la kalau saya dah pulih sepenuhnya, trauma tu masih ada. Kalau sesiapa cuba mendekati untuk berkenalan pun saya akan berwaspada," kata wanita itu menutup bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya mendoakan semoga wanita itu diberikan kekuatan untuk terus mengharungi ujian.

Pelayar menzahirkan rasa simpati.

"Awak perempuan yang kuat, semoga segala apa yang awak hajatkan dimakbulkan Allah. Yang kotor dan keji hanyalah perogol awak, jangan sesekali pernah rasa hina dalam diri tu.

"Ramai yang awak berjaya tolong dengan keputusan awak ni, semoga yang baik-baik saja menanti awak. Bangkit dengan lebih kuat.

"Diri awak berharga, sentiasa ingat tu," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain