ISU perkahwinan childfree atau tanpa anak semakin hangat diperkatakan termasuk menjadi perbahasan beberapa pempengaruh terkenal tanah air. Meskipun ramai mengkritik pasangan suami isteri yang memilih kehidupan tanpa zuriat, namun tidak kurang juga yang memberi sokongan. Apatah lagi kini terdapat banyak kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak sehingga mengakibatkan kematian dilaporkan. Anak-anak merupakan amanah Allah dan perlu dijaga dengan baik. -Gambar hiasan Menyuarakan perkara sama, seorang wanita berkata, konsep tersebut sangat bersesuaian untuk pasangan yang sedar diri mereka tidak layak mempunyai anak. "Ramai yang tak patut ada anak, (tapi) ada anak. "Elok makin ramai orang sedar dan jujur tentang keupayaan diri menjadi ibu atau ayah serta memilih untuk tidak 'membawa' mereka ke dunia," ujarnya ringkas. ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya konsep ‘childfree’ makin popular di Malaysia, kahwin tapi tak mahu anak... Suami isteri rasa serabut jika ada zuriat! ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘intern’ tengok depan mata staf pusat asuhan pukul budak! Dakwa anak kecil dipukul, disepak tanpa dosa Dia berpandangan, pasangan seperti itu sewajarnya mementingkan diri mereka sendiri daripada tidak bertanggungjawab terhadap anak yang dilahirkan. Malah dia turut mempersoalkan keupayaan ibu bapa untuk menyelamatkan anak yang menjadi mangsa dera atau diabaikan. Walaubagaimanapun, dia menyatakan corak kehidupan tersebut adalah pilihan individu. Apabila ada kes dera anak, bunuh anak, benci anak sendiri... saya terfikir kenapa ada anak kalau macam tu? WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya bersetuju dengan pandangan yang dilontarkannya. Tidak kurang juga yang menjadikan faktor pasangan serta kewangan dan kos sara hidup sebagai isu utama ketika membuat keputusan untuk mempunyai cahaya mata. "Bantu diri sendiri dulu kalau nak ada anak. Zaman ni diri sendiri pun struggle banyak masalah. Warga maya juga bersetuju dengan pandangannya. "Tu belum dapat lelaki tak guna, dah ada anak pun abai. Kalau bercerai, nafkah anak pun payah nak bagi, apa lagi nak melawat. "Ada jenis yang tak puas enjoy tapi nak ada anak kemudian anak terabai menyusahkan orang sekeliling. Aku bab ni memang lantang sebab nampak depan mata. "Betul. Apabila ada kes dera anak, bunuh anak, benci anak sendiri... saya terfikir kenapa ada anak kalau macam tu? Childfree lagi baik kalau macam ni," ujar beberapa warga maya. Pandangannya ini dipercayai dilontarkan bagi mengulas hantaran seorang pelayar X yang menolak amalan budaya 'tanpa anak' pada masa ini. "Apabila kita tolak budaya childfree, bukan kita nak paksa semua orang ada anak... itu mustahil sebab sudah tentu ada orang yang mengalami kekangan. "Tapi kita tolak budaya yang diamalkan oleh sesetengah orang yang berkemampuan tetapi dengan sengaja memilih untuk tidak berusaha mempunyai anak," kata individu tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube