suria

Suami menangis dalam hati, Ativa kesayangan calar-balar... Rupanya isteri tolong basuh guna span hijau cuci pinggan!

Tangkap layar keadaan kereta selepas dicuci.

BETUL kata orang, kereta ibarat 'isteri' kedua bagi lelaki kerana ia akan dijaga dan dibelai dengan sebaik mungkin.

Namun alangkah terkejutnya seorang lelaki ini apabila beberapa bahagian pada kereta Perodua Ativa berwarna biru miliknya dikesan mempunyai kesan calar.

Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, Muhammad Hasif menunjukkan kesan calar berbentuk pusaran pada kenderaan kesayangannya itu.

"Apabila bini kau basuhkan kereta. Dia sental macam cuci periuk," tulisnya pada ruangan kasyen video berkenaan.

Hasif menunjukkan kesan calar pada keretanya.

Sebagaimana dijelaskan, bekas calar tersebut berlaku disebabkan tekanan ketika menyental kereta tersebut.

Menerusi komen balas kepada pengguna TikTok, Hasif berkata isterinya menggunakan span pencuci pinggan berwarna hijau untuk membasuh keretanya.

Tambah Hasif, kereta itu sudah siap dicuci selepas dia pulang daripada kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita datang bulan ‘bocor’ dalam kereta, encik tunang senyum je! Siap tolong cuci kusyen - “Dia langsung tak buat muka”

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan ini berniaga sambil sedekah! Buka carwash tapi cuci van jenazah, kereta polis percuma... murah rezeki kini ada 14 buah lori

Dalam pada itu seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Hanna, dipercayai isteri kepada Hasif akhirnya tampil bersuara pada ruangan komen perkongsian suaminya.

"Saya pakai span belakang yang (warna) hijau tu je. Aduh, tak tahu pula boleh jadi macam tu," ujarnya ringkas.

Walaupun bersimpati dengan apa yang berlaku, perkongsian Hasif bagaimanapun mengundang rasa terhibur warga maya dengan tindakan isterinya.

Berterima kasih kepada isteri sebab sanggup cucikan kereta sampai berkilat.

NETIZEN

Malah ada yang mengusik kononnya ia sebagai tanda isterinya mahu menyampaikan mesej tertentu.

"Abang ada buat salah dengan bini ke?

"Cuba renung-renungkan balik bang sehari dua ni. Mungkin ada buat salah," kata netizen lagi.

Jika diteliti pada ruangan komen lagi, terdapat beberapa warganet turut berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi sama sebelum ini.

Komen netizen pada video.

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang meminta agar lelaki ini bersabar dengan apa yang sudah terjadi terhadap kereta tersebut.

"Menangis tengok (kereta). Sabar la bang nak marah nanti dapur tak berasap pula.

"Macam tu la kalau bagi perempuan basuh... bertabah la.

"Bersabar je bro. Berterima kasih kepada isteri sebab sanggup cucikan kereta sampai berkilat," ujar netizen memberi respon di ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain