PERNAH dengar ungkapan 'bagai melepaskan batuk di tangga'? Frasa tersebut amat sesuai untuk staf yang hanya melakukan kerja sambil lewa sehingga menjejaskan prestasi dan produktiviti syarikat secara keseluruhannya. Melalui satu pendedahan di laman X, seorang wanita mendakwa pekerja sektor kerajaan kerap curi tulang pada waktu bekerja dengan menghabiskan masa mereka melakukan perkara-perkara tidak sepatutnya. Setiap pekerjaan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa mengira sektor. -Gambar hiasan Malah menurutnya, wujud golongan yang sering menggunakan alasan untuk menunaikan solat atau mengadakan majlis agama dan akhirnya kerja hakiki tidak dapat disiapkan seperti sepatutnya. "Suka-suka EL (cuti kecemasan), suka-suka MC (cuti sakit), suka-suka buat pot-luck, suka-suka buat baca Yasin, suka-suka hilang dari pejabat, suka-suka sembahyang Duha, suka-suka sembahyang taubat. "Sembahyang apa tungging langgang tapi pemalas! Agama tak sampai ke jiwa," katanya menerusi satu tangkap layer yang dikongsi di laman X. ARTIKEL BERKAITAN: Balik Malaysia nak berbakti untuk negara, tapi terkejut budaya ‘gomen’... Tengah hari ambil anak, 4 petang dah tak nak buat kerja! ARTIKEL BERKAITAN: Dari dunia korporat ke tepi jalan! Tak sanggup burnout di ofis, wanita bahagia jual kopi selepas berhenti kerja - “Memang orang pandang rendah” Selain itu dia turut mendakwa terdapat pekerja sektor kerajaan yang membawa anak ke pejabat dan ada juga yang pergi bekerja memakai jubah. Dia juga ada menyebut tentang amalan pekerja bahagian atasan yang didakwa menganiaya staf bawahan dengan memberi markah prestasi rendah kerana tidak pandai 'kipas' bos dan budaya toksik ini tidak ada kesudahannya. Bagaimanapun dia nampaknya amat marah dengan pekerja yang suka mencuri masa bekerja untuk beribadat. Biasanya perangai buruk macam ni melibatkan staf gomen peringkat bawahan, contohnya kerani. Mereka memang puak pemalas. WARGA MAYA "Semoga ada neraka khas di dunia dan akhirat untuk staf 'gomen' yang jahat begini. "Curi tulang, curi masa, ambil kesempatan sebab tahu susah hendak dibuang kerja dan sebagainya. "Sampai kiamat pun staf gomen akan rasa macam diri mereka yang terpaling layak dapat semua benda," katanya. Bagaimanapun, menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berpandangan apa yang dinyatakan itu bergantung kepada sikap inidvidu dan tidak wajar mengaitkannya dengan pekerja sektor kerajaan semata-mata. Warga maya bertukar pandangan. "Tak semuanya macam ni, aku selalu berurusan dengan pekerja gomen, ada je yang komited dalam menjalankan tugas mereka. Mohon jangan pukul rata. "Tapi satu benda aku setuju, memang ada dalam kalangan mereka yang suka seludup anak masuk pejabat, siap ikut sekali dalam mesyuarat. Dekat syarikat swasta tak pernah lagi aku nampak perbuatan macam ni. "Perspektif aku sedikit berbeza, pada aku tiada masalah nak bawa anak masuk pejabat. Senang ada depan mata dan staf lebih tenang bekerja, hasil kerja yang mereka keluarkan pun bukan tangkap muat. "Biasanya perangai buruk macam ni melibatkan staf gomen peringkat bawahan, contohnya kerani. Mereka memang puak pemalas, masuk kerja ibarat bercuti, santai je. Pegawai atasan semua bekerja keras," komen beberapa pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube