RUANG yang terhad menyebabkan para jemaah perlu datang awal ke masjid jika mereka mahu duduk di saf hadapan. Namun, seorang jemaah lelaki tular di media sosial apabila dia didakwa merampas tempat duduk seorang budak lelaki di sebuah masjid. Kisah itu meraih perhatian netizen selepas ia dikongsi oleh seorang pemuda menerusi aplikasi TikTok. Jemaah yang datang lambat untuk solat Jumaat biasanya akan duduk di saf belakang atau di luar masjid sekiranya semua saf telah penuh. -Gambar hiasan "Hari ini aku datang masjid awal daripada biasa. Masa aku datang, seorang budak duduk sambil baca kitab di sebelah abang dia. Mamat baju putih tu datang lambat. "Masa budak tu bangun nak letak kitab, dia cepat-cepat selit antara saf dan ambil spot budak tu. Dia cepat-cepat angkat takbir untuk solat sunat. Budak tu patah balik terpinga-pinga. Dah habis solat, buat-buat tak reti," tulis individu itu. Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen mengakui mereka juga pernah berdepan pengalaman serupa ketika pergi ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah. Aku cukup menyampah dengan jemaah yang datang lewat, lepas tu langkah orang nak kedepan, siap halau budak-budak lagi. NETIZEN "Aku perhati muka-muka yang selalu datang hujung-hujung ni, kalau boleh saf depan di belakang imam dia nak duduk. Padahal dah tak ada tempat dah. "Kadang sakit hati. Orang datang awal nak tempat depan. Dia datang waktu nak habis khutbah terus nak duduk depan. Tak faham manusia macam ni. "Aku cukup menyampah dengan jemaah yang datang lewat, lepas tu langkah orang nak ke depan, siap halau budak-budak lagi," tulis netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Masjid simpan memori indah dengan 'kawan lelaki’, wanita tinggalkan hadiah untuk ‘mentua tak jadi’ di ruang solat ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda minta jemaah bukan kariah faham ‘budaya’ masjid... Jangan menonong masuk, saf depan khas untuk orang tertentu Namun, ada juga yang mempertahankan jemaah lelaki dewasa itu dan beranggapan dia tidak sengaja merampas tempat kanak-kanak berkenaan. Ada juga netizen yang berkongsi tip berguna untuk jemaah 'menanda' tempat mereka di dalam saf ketika berkunjung ke masjid. "Katalah masa brother tu datang, dia tak perasan tempat tu ada orang. Dia pun isi tempat tu dan solat macam biasa. Orang sebelah pun tak beritahu tempat tu ada orang. "Biasanya, kalau nak kembali ke tempat duduk tu, kena tinggalkan satu barang kita. Contoh, songkok, kain serban atau selendang. Itu lebih baik," tulis netizen lagi. Setiap jemaah perlu menjaga tingkah laku apabila berada di dalam rumah Allah. -Gambar hiasan Menurut Maktabah Al Bakri, jemaah itu berhak meminta orang yang mengambil tempatnya untuk bangun dan beredar jika dia ada meletakkan tanda seperti rehal, menghamparkan sejadah atau seumpamanya. Bagi situasi ini, orang tersebut berhak berbuat demikian kerana dia lebih berhak ke atas tempat tersebut dan tidak boleh sesiapa pun mengambilnya. Sekiranya dia kembali (setelah selesai urusannya itu) dan mendapati ada orang lain sedang duduk di tempatnya, maka dia boleh meminta orang itu bangun dan beredar dari tempatnya itu. Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu ‘Awanah bahawa Rasulullah bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang bangun dari tempat duduknya, kemudian dia kembali semula kepada tempat itu, maka dia lebih berhak dengannya (tempat tersebut).” [Riwayat Muslim (2179)] Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube