SEORANG wanita mendapat perhatian warga maya apabila dia berkongsi pengalaman peritnya ketika mengandung anak ketiga. Menurut Siti Sarah, 37, imbasan pertama menyatakan bayi dalam kandungannya disyaki menghidap sindrom down dan turut berdepan beberapa masalah lain. "Baby puan ni macam tak normal. Tulang hidung pendek, telinga kecil, tulang mulut kecil, lepas tu belakang kepala ada cecair. Siti Sarah syukur anaknya lahir dengan sempurna. "Saya syak anak puan ni sindrom down," tulis wanita itu pada kapsyen video, merujuk kata-kata seorang doktor di sebuah hospital ketika dia membuat pemeriksaan kandungan. Apa yang didengari itu ternyata memberi impak terhadap emosinya, namun Siti Sarah akhirnya mampu menghela nafas lega apabila imbasan kali kedua menyatakan keputusan berbeza. "Saya buat imbasan pertama ketika hamil 24 atau 26 minggu. Awalnya memang saya terkejut dan sedih bila dengar keadaan anak macam tu. Memang ambil masa untuk terima. Doktor ulang imbasan dan memang doktor ada sebut pasal kesilapan mesin imbasan yang pertama. SITI SARAH "Waktu itu, saya cuma luah perasaan dengan keluarga dan rakan saja. Ramai suruh saya ulangi imbasan di klinik swasta tapi saya trauma, takut keputusan sama. Namun betul, ada kesilapan mesin imbasan. "Doktor ulang imbasan dan memang doktor ada sebut pasal kesilapan mesin imbasan yang pertama. Alhamdulillah bayi sihat sempurna. Saya bersalin pada 11 Jun lalu," ujarnya ketika dihubungi mStar. Tambah Siti Sarah, dia bagaimanapun enggan mendedahkan nama hospital yang membuat imbasan berkenaan demi mengelakkan timbulnya sebarang masalah. ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak sindrom down jadi mangsa komen jahat di TikTok, disyaki kerja budak sekolah rendah... ramai terkilan sampaikan Neelofa titip pesanan buat Puteri Bulan ARTIKEL BERKAITAN: Sindrom down bukan gila! Saiful Nang terkenang arwah anak istimewa, gesa cari keadilan untuk Bella Dalam pada itu, Siti Sarah berkata dia tidak menyangka perkongsian tentang pengalamannya hamil dan melahirkan putera bongsunya, Ahmad Afnan Eusoff akan meraih perhatian netizen. "Saya tak sangka ia tular, saya hanya nak kongsi pengalaman. Rupanya ramai juga ibu yang senasib dengan saya. Bagi saya, kita tak boleh percaya 100 peratus keputusan doktor dan mesin. "Mungkin kita perlu ulangi imbasan di tempat lain dan letakkan kebergantungan kepada Allah. Alhamdulillah. Dua lagi anak saya teruja dapat adik lelaki. Lagipun dah enam tahun saya tak ada baby. Kisah si comel ini meraih perhatian ramai netizen di TikTok. "Setakat ini, bayi saya membesar dengan sempurna, cuma masih ada kuning. Saya minta doa agar anak saya cepat bebas kuning," ujar wanita itu yang menetap di Selangor. Video yang meraih 1.2 juta tontonan itu turut dibanjiri komen netizen yang berkongsi pengalaman mereka berdepan kejadian serupa. "Kes saya doktor kata anak perempuan saya cacat tapi keluar normal. Semua (anggota badan) cukup. "Samalah kita. Hari-hari berdoa dan solat hajat, Alhamdulillah anak keluar normal dan sihat. "Mesin hanya teknologi, tak boleh lawan kuasa tuhan. Percaya pada-Nya dan doa yang baik-baik," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube