SEORANG wanita berasa sedih dan buntu menjelang majlis pernikahannya. Bakal pengantin itu membuat luahan menerusi grup Tips Persiapan Kahwin di Facebook, menceritakan tentang bapa kandungnya yang enggan menjadi wali. Menurut wanita tersebut, sebagai anak dia kecewa dengan alasan yang diberikan bapanya sehingga lelaki itu 'menarik diri' daripada menjadi wali dan menikahkannya dengan bakal suami. "Saya nak tanya... abah saya tak nak nikahkan saya sebab abah saya jenis pemalu, gugup bila depan orang. Restu ibu bapa penting untuk mendapat keberkatan dalam perkahwinan. -Gambar hiasan "Tapi abah saya sihat je, tak uzur dan ada je tinggal sekali dengan saya," katanya. Mengakui kecewa dengan keputusan bapa, dia bagaimanapun akur dengan alasan yang diberikan bapa. Namun, di sebalik kepasrahannya itu, dia sekali lagi menegaskan kesedihannya dan masih berharap agar si bapa mengubah fikiran. "By the way sedih juga, kalau boleh nak abah nikahkan saya," katanya. Dalam pada itu, dia turut bertanyakan pandangan mereka yang lebih arif dan cara lain yang boleh dilakukan untuk dia meneruskan perkahwinan. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin tak marahkan bapa, reda ditakdirkan nikah guna wakil wali... guna duit sendiri buat majlis RM40,000 ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘gila duit’ buat kecoh, ugut enggan sign borang wali! Ubah perjanjian wang hantaran menjelang majlis nikah "Kalau macam ni boleh wakilkan siapa ye untuk nikahkan dan perlu wakalah (wakil) wali ke?" dia mengajukan pertanyaan. Perkongsiannya itu meraih pelbagai reaksi netizen dengan ada yang bersimpati dan tak kurang juga yang memintanya supaya tidak merumitkan keadaan. Rata-rata memberi cadangan supaya wakil wali digunakan dan amalan ini dibolehkan dalam Islam asalkan dipersetujui oleh bapanya. Perbuatan ini dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita atau anaknya itu. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI BEKAS MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI "90 peratus rakyat Malaysia tok kadi yang nikahkan pasangan. Jadi buat urusan dengan tok kadi. "Cakap nak tempah wakil untuk nikahkan. Nanti masa akad nikah, ayah anda hanya baca teks yang menyatakan dia sebagai wali wakilkan tok imam menikahkan anaknya. Macam tu je," kata seorang netizen. Ada juga yang berkongsikan pengalaman hampir sama dengan pengadu. "Sebelum nikah selalu tok kadi tanya si ayah, ayah nak nikahkan atau tok kadi nikahkan? No worries anon, everything will work out smoothly. Ayah saya jenis emotional sikit, sebab dia tak mau nangis depan orang ramai, tok kadi yang nikahkan. "Buat wakalah wali nanti kadi yang nikahkan. Ayah awak ade juga kat sebelah awak nanti so jangan sedih-sedih. Asalkan dia ada kat sebelah awak pun dah okay. "Wakil walikan dengan tok kadi. Nanti dia duduk sebelah. Ramai je buat macam tu sebab takut tak menepati syarat wali," beberapa netizen memberi nasihat. Untuk makluman, syarat sah menjadi wali adalah Islam, baligh, berakal, lelaki (mengikut susunan tertib wali), adil dan merdeka. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pernah menjelaskan tentang situasi sama apabila bapa berkeras tidak mahu menjadi wali untuk anak perempuannya yang mahu bernikah. Komen netizen memberikan cadangan. Katanya, tindakan bapa sebagai wali yang menghalang atau enggan menikahkan anaknya tanpa ada sebab yang dibenarkan oleh syarak adalah dilarang. Perbuatan ini dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita atau anaknya itu. Justeru, dalam hal ini mengikut pendapat dalam mazhab al-Syafie dan amalan dalam negara kita, sekiranya wali enggan untuk menikahkan anak perempuannya, maka hak wali tersebut berpindah kepada wali hakim. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube