SIKAP dan tingkah laku generasi Z ketika menyelesaikan masalah mahupun berdepan situasi getir sering menjadi perhatian masyarakat. Terkini, tular satu hantaran seorang pelayar Facebook dikenali Aiman yang mendapat kecaman hebat gara-gara melontarkan pertanyaan di satu grup platform media sosial tersebut. Rata-rata netizen menyifatkannya dirinya sebagai kurang cerdik berdasarkan senario yang diceritakan, serta pertanyaan berhubung tuntutan yang boleh dibuat kerana penamatan kerja serta merta. Pekerja perlu mematuhi peraturan syarikat. -Gambar hiasan "Saya baru kerja bermula 4 Jun. 19 dan 20 Jun saya MC (medical leave). 21 Jun saya datang, baru masuk pejabat tiba-tiba kena panggil dengan HR (bahagian sumber manusia). "Dia tanya kenapa tak maklumkan nak MC, saya jawab sebab tiada nombor sesiapa pun... nombor syarikat, pejabat atau HR tiada untuk maklum. "Kemudian dia (HR) tanya tak boleh datang pejabat untuk maklumkan? Saya diam. Tiba-tiba dia bagi surat suruh isi dan tandatangan," ujarnya yang mengaku tidak membaca kandungan surat berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengeluh kerja dengan Gen Z! Manja, ditegur cepat sentap... Tahu-tahu resign, sindir senior di media sosial ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat bapa dia punya syarikat?” - Lelaki bengang Gen Z besar kepala, nak pilih sendiri tarikh temuduga kerja Menyangkakan surat tersebut berkaitan cuti tanpa gaji, dia terkejut apabila dimaklumkan telah ditamatkan pekerjaan dan diarahkan untuk pulang ke rumah. Menurut anak muda ini lagi, majikan mengambil tindakan tersebut kerana dia tidak memaklumkan cuti sakit kepada pihak syarikat. "Dia (HR) cakap terminate sebab tak maklum MC, saya perlu datang semula pada 7 Julai untuk ambil gaji dalam bentuk cek," tambahnya yang masih dalam tempoh percubaan. Lawak betul di zaman teknolgi alasan tiada nombor untuk dihubungi. Memang 'generasi bersuap'. WARGA MAYA Susulan daripada itu, dia mengajukan soalan tentang kelayakan untuk mendapatkan Skim Insurans Pekerja (SIP). "Masa temuduga dia kata caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Perkeso dapat selepas menjadi staf. "Tapi kalau ikut undang-undang, KWSP dan Perkeso SIP wajib dari hari pertama walaupun masih percubaan?" ajunya. Meskipun terdapat beberapa individu yang menjawab pertanyaannya, namun kebanyakan pelayar mengkritik dirinya kerana tidak bertanggungjawab dalam pekerjaan meskipun dalam tempoh percubaan. Warga maya meninggalkan reaksi kurang senang pada hantarannya. Tambahan pula dia menyatakan tidak mempunyai nombor telefon syarikat mahupun mana-mana pekerja di situ. "Mana-mana syarikat pun kalau tiga kali berturut-turut tak maklum tentang ketidakhadiran kerja pada bos atau majikan, memang dibuang kerja. "Lawak betul di zaman teknolgi alasan tiada nombor untuk dihubungi. Memang 'generasi bersuap'. "Surat tawaran kerja tak ada ke? Mesti kepala surat ada nombor telefon syarikat, lagi satu dah seminggu dua bekerja, tak akan tak simpan nombor telefon pejabat atau kawan-kawan? "Dah malas cari nombor telefon, kemudian nak sembang pasal undang-undang semua... undang-undang syarikat siapa nak ikut," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube