suria

Sakit mata, loya tengok proses bungkus nasi lemak! Pegang telur guna tangan kiri, ada ‘perasa’ tambahan daki cincin

Peniaga menggunakan tangan kiri dan tak pakai sarung tangan ketika membungkus nasi lemak.

ASPEK kebersihan ketika mengendalikan makanan adalah perkara penting yang tidak boleh dikompromi oleh mana-mana pelanggan.

Semestinya kegagalan peniaga mematuhi asas kebersihan makanan, sama ada sedar atau tidak boleh mengundang kepada risiko atau kemudaratan kesihatan.

Seorang pengguna Facebook 'sakit mata' selepas melihat video dua orang peniaga sedang menyediakan nasi lemak bungkus.

Menurut wanita berkenaan, dia kurang senang apabila peniaga terbabit tidak menggunakan alatan betul dalam menyajikan makanan untuk pelanggan.

Nasi lemak merupakan sajian popular dalam kalangan rakyat Malaysia. -Gambar hiasan

"Sebagai orang yang suka duduk dapur dan suka reviu makan, benda ni sangat-sangat lah 'alergik' di mataku.

"Kenapa sarung tangan dipakai untuk pegang pisau dan tangan kiri pegang telur tu. Spoilnya (rasa kurang senang) dengan pakai cincin dan jam tangan lagi," ujarnya.

Jika diteliti pada tangkap layar video yang dikongsikan, salah seorang peniaga itu dilihat sedang meletakkan telur di atas nasi lemak yang banyak tersusun, sebelum dibungkus.

Bagaimanapun, apa yang menjadi 'masalah' kepada wanita ini apabila peniaga tersebut dilihat seolah-olah memakai sarung tangan hanya untuk melindungi tangannya daripada kotor, bukan mahu menjaga kebersihan dalam proses penyediaan makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembang tekak! Pelanggan jumpa siput perosak dalam kailan ikan masin... Rupanya ramai ‘complaint’, siap dapat singgang bau kain buruk

ARTIKEL BERKAITAN: Loya tekak! Tukang masak tegur peniaga guna pinggan mangkuk daki berkerak, penjual pisang goreng pun kena

Melihat situasi ini juga sekali gus membuatkan dia terfikir sejauh mana peniaga mementingkan kebersihan ketika memasak nasi lemak tersebut, berserta sambal dan ramuan lain.

"Memang out habis itu kan korang, belum lagi part masak kat dapur yang kita tak nampak.

"Bahagian pengendalian makanan datang buat pemeriksaan memang 'habis'," katanya lagi.

Hantaran tersebut turut meraih pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.

Rata-rata bersetuju dengan pendapat wanita ini berkenaan pemakaian sarung tangan dan aksesori ketika peniaga menyediakan nasi lemak.

Tu sebab mata dan tekak ni sangat memerhati untuk makan sembarangan.

NETIZEN

"Kalau pergi kelas pengendalian makanan, aksesori tak boleh pakai masa dekat dapur.

"Tangan yang ada cincin tu... kalau buka, daki penuh dekat tepi-tepi cincin. Tu la baru 'air tangan'.

"Tak boleh tengok orang kuku panjang dan tak boleh tengok orang pegang makanan guna tangan kiri.

"Jika kita belajar bab kebersihan dan suci, kita akan berilmu dan pasti beramal. Tu sebab mata dan tekak ni sangat memerhati untuk makan sembarangan," ujar beberapa netizen.

Komen netizen di Facebook

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia pernah memberi teguran kepada peniaga dan pengendali restoran mengenai penggunaan sarung tangan supaya tidak menyentuh benda lain selain makanan.

Selain membasuh tangan, penggunaan sarung tangan yang bersih dan betul dapat mengurangkan pencemaran silang memandangkan tangan adalah anggota badan yang kerap bersentuh dengan makanan.

Oleh itu, ia perlu dibersihkan setiap kali sebelum memulakan kerja-kerja penyediaan makanan atau selepas ke tandas, selepas menyentuh muka terutamanya hidung, mulut atau telinga.

Apatah lagi selepas mengendalikan makanan mentah, sampah-sarap dan tugas-tugas lain berkaitan pembersihan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain