SETIAP individu, lelaki atau perempuan pasti mengimpikan perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun dalam hal mencari jodoh, golongan wanita biasanya lebih teliti malah meletakkan senarai panjang mengenai kriteria bakal suami. Masing-masing mengharapkan mendapat calon suami yang mempunyai ciri-ciri pilihan sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Calon suami sudah berusia, tetapi mampu memberikan kemewahan. -Gambar hiasan Bagi seorang gadis, bakal suaminya sudah berada di depan mata, namun bukan cuma seorang tapi dua! "Saya sekarang dilema, saya kenal dengan dua lelaki. Seorang sudah berusia, tapi jenis orang berada la. "Dia memang ikut je apa yang saya nak, belikan itu ini," katanya yang sudah mengenali lelaki berumur itu sejak setahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kawal ketat duit gaji 5K suami... Tetapkan RM6 sehari makan di kantin, enggan beri belanja bulanan untuk mentua ARTIKEL BERKAITAN: Mek Pantai Timur jatuh cinta pandang pertama... Makin ‘cair’ bakal jodoh berani ajak kahwin cepat Menerusi satu luahan di Facebook, katanya, lelaki berusia itu benar-benar suka kepadanya dan mahu menjadikannya sebagai isteri. Orangnya juga penyabar kerana sering mengajak untuk berkahwin tanpa pernah berputus asa. "Hari-hari ajak kahwin, tapi saya tak layan sangat la bab kahwin tu. Lagi pun jauh sangat beza umur saya dengan dia," ujarnya. Seorang lagi calon lebih muda, tetapi ego. -Gambar hiasan Dalam masa sama, gadis itu turut mendedahkan tentang lelaki kedua yang dikenalinya, masih muda berbanding calon pertama. Apa yang menjadi masalah dan membuatkan dia buntu apabila kedua-dua lelaki tersebut menyayangi dirinya. "Lelaki ni umur 30, kerja pun okay. Dah pernah berjumpa, masing-masing ada hati antara satu sama lain. "Tapi jenis tak ngam sangat dengan perangai dia, sama-sama ego tak nak kalah," jelasnya. Kalau tak nak, jangan mainkan perasaan orang. NETIZEN Keadaan itu membuatkan gadis berkenaan buntu dalam membuat pilihan siapakah yang terbaik untuk dijadikan suami. "Kalau yang lelaki tua okay la perangai dia, dia boleh memahami saya. Apa yang harus saya buat? Saya dilema," luahnya lagi. Seorang gadis keliru untuk membuat pilihan. -Gambar hiasan Luahan gadis itu bagaimanapun mengundang pertikaian ramai yang mempersoalkan tentang keikhlasan serta kejujurannya dalam menjalinkan hubungan dengan kedua-dua lelaki. "Lelaki yang pertama tu kau tak ada niat nak kahwin, dia dah belikan macam-macam. Kau nak apa lagi daripada dia sebenarnya? Kalau tak nak, jangan mainkan perasaan orang dik. "Yang kedua tu kata dua-dua ada hati, lepas tu? Ke sebab dia tak kaya macam yang first? "Tak payah pilih dua-dua la dik. Dari situ dah nampak kau tak setia, dalam satu masa ada dua. Moga mereka berdua dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik dan setia. "Semoga dua-dua lelaki tu tinggalkan hang. Benci aku tengok manusia jenis kenal orang lain sampai lebih dari seorang pada masa sama. "Mereka pun tengah memilih juga. Lambat terima bye bye," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube