suria

Suara sedap, tak merokok... Peguam kacak ini penuhi kriteria geng makcik, berkenan nak buat menantu - “Depa kata hang segak”

Amir merupakan seorang peguam syarie di Pulau Pinang.

SEORANG jejaka tidak menyangka kunjungan ke rumah rakannya pada 22 Jun lalu akan menemukannya dengan 'bakal mentua'.

"Dijadikan cerita, aku lepak rumah kawan, kebetulan Makteh dia sebelah rumah buat makan-makan kenduri arwah.

"Makteh dia ajak aku makan, alang-alang aku pun dah datang pada waktu kejadian.

"Lepas makan semua, sembang-sembang sikit, gurau-gurau sikit, aku pun cakap terima kasih dan terus balik rumah," ciapnya di platform X.

Antara tangkap layar  perbualan yang dikongsikan.

Antara tangkap layar perbualan yang dikongsikan.

Menurutnya, selepas lebih kurang dua jam berada di rumah, dia tiba-tiba dihubungi rakan yang memaklumkan ibu saudaranya ingin menjodohkan dia.

"Lebih kurang dua jam selepas itu, kawan aku chat cakap Makteh dia nak recommend aku pada anak Paksu dia, aku pun macam, alamak," tambahnya sambil berkongsikan tangkap layar perbualan WhatsApp berkenaan.

Berdasarkan perkongsian perbualan berkenaan, ibu saudara rakannya menyatakan dia seorang yang kacak dan meminatinya untuk dijodohkan dengan anak saudara.

Malah gadis yang ingin dijodohkan pula dikatakan seorang yang baik dan tidak pernah keluar temujanji kerana sibuk dengan kerja di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu andartu beranikan diri jumpa nenek Batu Pahat, mandi bunga harap dapat jodoh... Pergi sekolah terus terima hadiah!

ARTIKEL BERKAITAN: Mek Pantai Timur jatuh cinta pandang pertama... Makin ‘cair’ bakal jodoh berani ajak kahwin cepat

Tambahan pula, rakannya memaklumkan bahawa dia juga seorang yang baik dan tidak merokok serta suka bergurau.

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Amir Zahin Noor Azhar berkata, ketika bertemu dengan ibu saudara rakannya itu, dia sekadar berbalas senyuman.

Tambah pemuda berusia 32 tahun ini lagi, meskipun sudah hampir empat tahun mengenali dan berkawan dengan rakannya itu, namun mereka jarang meluangkan masa bersama.

"Sangat jarang lepak (dengan kawan). Kenal (Makteh) sekadar berbalas senyum je," kata Amir ketika dihubungi mStar.

Saja tengok profile, muka ada manis tu bang... semoga ada jodoh dan dipermudahkan rezeki.

WARGA MAYA

Merupakan seorang peguam syarie, Amir akui sepanjang tempoh berada di rumah rakannya itu dia tidak menyedari menjadi perhatian ramai.

Bagaimanapun, dia beberapa kali terdengar namanya disebut dan dipuji kerana mempunyai suara yang merdu.

"Masa sembang tu tak perasan pula dia suka atau tidak.

"Cuma ada terdengar dia sebut-sebut pasal saya, dengar dia sebut nama, menyanyi suara sedap... geng-geng makcik yang ada dengan dia masa tu," ujar anak kelahiran Pulau Pinang ini lagi.

Amir berasal dari Pulau Pinang dan berusia 32 tahun.

Amir berasal dari Pulau Pinang dan berusia 32 tahun.

Mengulas tentang gadis yang ingin dijodohkan dengannya, Amir memberitahu individu tersebut berusia 26 tahun dan bekerja sebagai juru x-ray di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

Malah katanya, gadis tersebut memiliki fizikal yang kecil molek serta berkulit cerah.

"Saya tak kenal dia, gambar pun tak tengok... kawan cadang nak minta tapi saya tak bagi.

"Saya masih bujang dan tiada teman wanita, kawan perempuan pun tak ada. Saya tak terfikir serius pun dengan hal ini, tak rasa nak on atau tak juga... cuma natural acceptance," tambahnya.

Warga maya turut mengalakkannya berkenalan dengan gadis berkenaan.

Warga maya turut menggalakkannya berkenalan dengan gadis berkenaan.

Menjengah ke ruangan ciapan balas pada perkongsiannya, rata-rata warga maya mengusiknya dengan menyatakan 'seruan' sudah sampai untuk dia berkahwin.

Tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman berkenalan dengan isteri masing-masing selepas dijodohkan ahli keluarga.

"Aku kenal dengan isteri pun melalui kawan mak aku. Dia 'kenenkan' aku dengan anak saudara dia. Punca mak aku ajak ke rumah dia, aku makan mi sambil borak panjang. Kemudian balik kerja di Johor Bahru dua minggu, mak aku WhatsApp kata kawan dia nak kenalkan anak saudara.

"Jangan terus tolak. Mereka dah interview hang. Kemudian memang kenal anak Paksu tu, jadi adalah sebab-sebab dia rasa hampa (kamu) berdua serasi.

"Saja tengok profile, muka ada manis tu bang. Semoga ada jodoh dan dipermudahkan rezeki. Mungkin dah sampai seru kot nak suruh bukakan hati tu," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain