GAJI tinggi, baik hati dan berpenampilan menarik belum tentu mampu membahagiakan isteri. Lebih memilukan apabila ada isteri sanggup berlaku curang berkali-kali walaupun dikurniakan suami yang hampir sempurna. Begitulah luahan seorang lelaki yang mendapat gaji bulanan mencecah lima angka dan segala kemewahan diberikan buat isteri tercinta. “Semua benda aku bagi kat bini. Gaji aku RM40,000 sebulan, aku bagi bini RM8,000 sebulan. Aku bagi kereta mewah, bagi kad kredit untuk dia belanja barang rumah. “Aku tak tahu apa yang tak cukup lagi. Penampilan diri aku pun cukup jaga. Badan fit, tak buncit. Nafkah zahir, batin semua cukup,” katanya. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan Namun menerusi satu luahan di laman X, dia mengakui kesilapan dirinya yang sibuk bekerja dalam bidang minyak dan gas membuatkan dia sering bertugas di luar kawasan. “Cuma salah aku, 60 peratus aku outstation. Tapi kalau aku ada kat rumah, 100 peratus fokus bagi kat famili,” ujarnya yang mengaku memiliki jawatan dalam pengurusan tertinggi. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kawal ketat duit gaji 5K suami... Tetapkan RM6 sehari makan di kantin, enggan beri belanja bulanan untuk mentua ARTIKEL BERKAITAN: Isteri jadi pemuas nafsu bos, hantar video bogel di Telegram... Hati suami kerja offshore remuk, nafkah RM8,000 pun tak bersyukur Sehingga pada suatu hari, kesibukan itu ibarat 'makan diri' sendiri selepas mendapat tahu isterinya curang, sambil menambah ia berlaku pada hari ulang tahun kelahirannya. Sudah tentu dia berasa kecewa namun pada masa sama memikirkan tentang nasib anak-anak. “Tahun lepas masa birthday, aku dapat tahu isteri curang dengan best friend dia dah dua tahun. Kantoi aku jumpa gambar dan video 18SX dia. “Sekarang dah empat bulan aku dapat tahu bini curang, tapi aku belum confront dengan dia lagi. Aku sayang anak-anak aku... aku tak nak mereka membesar dalam famili yang tak sempurna. “Aku pilih kerja keras nak bagi famili aku hidup selesa, tapi kenapa macam ni yang aku dapat? Aku tak tahu apa yang perempuan nak, aku rasa dah cukup semua aku bagi,” katanya terkilan. Kemewahan belum tentu menjaminkan kebahagian suami isteri. -Gambar hiasan Menurut lelaki itu, isterinya bukan pertama kali curang, malah ia sudah berlaku sejak mereka masih belum mendirikan rumah tangga. “Ini kali ketiga aku tangkap partner aku curang. Sekali masa bercinta, sekali masa bertunang. Cuma kali ni cukup bukti semua. Aku sekali pun tak pernah ada skandal,” katanya lagi. Muka segak, muka hodoh, gaji besar, gaji kecil kalau dia pilih setia, dia boleh setia. NETIZEN Isu melanda rumah tangganya ternyata membuatkan lelaki itu buntu dan hanya berserah kepada takdir untuk menentukan yang terbaik buat rumah tangga mereka. “Sekarang aku tak tahu nak buat apa, aku cuma sibukkan diri dengan kerja, setiap hari aku balik malam. “Jadi, untuk lelaki di luar sana... banyak duit, ada rupa, perangai elok tak janjikan hidup bahagia. Kepada yang senasib dengan aku, aku harap kita kuat. “Ada yang cakap aku dayus, ya aku dayus sebab biarkan dah empat bulan. Tapi mereka yang kata tu tak ada di tempat aku. Aku sayang isteri, dia ibu kepada anak-anak aku, dia layan anak-anak aku sempurna. “Aku rancang nak confront dengan dia hujung minggu ni. Aku akan confront dengan jantan tu bersama dengan peguam aku juga lepas tu,” katanya. Konflik adalah lumrah dalam kehidupan berpasangan. -Gambar hiasan Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan perasaan simpati terhadapnya dengan memberi pelbagai reaksi dan pandangan masing-masing. “Cuba kau potong elaun RM8,000 dan terminate kad kredit tu. Kita tengok berapa jauh dia boleh pergi! “Tak bersyukurnya bini hang. Bincang dengan peguam. Hibah jangan bagi bini, tapi kasi anak-anak je. Buat ujian DNA untuk anak-anak juga, risau. “Empat bulan encik sabar, tahu isteri curang. Terus-terang dengan isteri yang encik dah tahu. Nanti risau isteri termengandung anak skandal dia. “Tak kisah lelaki ke perempuan, kalau dia nak curang, dia curang. Muka segak, muka hodoh, gaji besar, gaji kecil kalau dia pilih setia, dia boleh setia,” demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube