suria

Pasangan warga emas romantik habis! Tak ada pencen tetap bahagia ‘kerja’ dengan anak, rancak pusing Malaysia dengan suami

Zainun dan suaminya suka berjalan-jalan meluangkan masa bersama.

BAGI mereka yang bekerja, pastinya tempoh persaraan amat dinantikan untuk menikmati kehidupan yang lebih aman dan tenang.

Namun tidak bagi Wan Zainun Wan Saupik yang masih melakukan kerja-kerja ringan kerana tidak gemar hanya duduk goyang kaki.

Zainun dalam satu hantaran di Group Orang Pencen di Facebook berkata, dia dan suami yang berusia 72 tahun sememangnya minat dalam dunia perniagaan.

"Kami berniaga dari muda sampai ke tua. Apa yang ingin saya kongsikan kehidupan kami selepas tidak berniaga.

Zainun berkongsi kisah kehidupan bersama suami setelah lanjut usia.

"Masa umur 60 tahun, kira-kira 10 tahun lalu, suami sarankan saya untuk berhenti ambil upah menjahit.

"Dia kata susah kalau terus menjahit sebab dia nak ajak saya berjalan-jalan. Kami diminta oleh anak-anak untuk tidak menetap di kampung," ujarnya.

Jelasnya lagi, anak sulung meminta mereka berdua tinggal bersama di bandar dan permintaan tersebut dipersetujui lantas kediaman di kampung dijual.

Zainun bersyukur dengan keputusan dibuat kerana dapat melakukan banyak perkara bersama suami, anak menantu dan cucu-cucu untuk melakukan aktiviti kekeluargaan.

"Tiada masalah duduk serumah. Saya bebas lakukan apa saja dan kami sama-sama uruskan kehidupan seharian dalam banyak perkara.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita curi identiti demi wang pencen, 18 tahun hidup senang sebelum rahsia terbongkar

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 75 tahun masih lincah kayuh basikal, tenaga luar biasa... Rupanya amalkan ini sejak muda!

"Saya pula berasa senang dapat lihat cucu-cucu membesar depan mata serta memberikan nasihat-nasihat mereka perlukan.

"Kadang-kadang menghantar dan dan ambil cucu bila anak menantu ada urusan lain. Anak bongsu tak jauh jadi selalu dapat jumpa. Anak lelaki di Kuching, Sarawak tapi selalu datang sini," katanya lagi.

Selain membantu anaknya menguruskan restoran sebagai juruwang, Zainun juga mengisi masa lapang dengan berkebun dan berenang yang merupakan hobinya.

Bukan itu sahaja, pasangan warga emas ini mengakui mereka sering menghabiskan masa keluar berdua menikmati keindahan bandar-bandar kecil dan besar di Semenanjung.

Saya pula berasa senang dapat lihat cucu-cucu membesar depan mata serta memberikan nasihat-nasihat mereka perlukan.

WAN ZAINUN

"Sekarang saya dan suami banyak habiskan masa berjalan sana-sini. Menginap satu dua malam di setiap tempat. Suami masih larat memandu.

"Saya duduk di sebelah akan bantu dengan membaca Waze menghulur minuman dan snek masa memandu. Kami berbual dengan bermacam topik dan kadang topik yang boleh buat saya sentap.

"Tapi tak merajuk tak marah hanya diam sekejap. Semoga cerita saya jadi kisah positif kepada rakan-rakan pencen. Harap juga tidak marah dengan tulisan saya yang bukan orang pencen," katanya lagi.

Komen netizen pada hantaran asal.

Ternyata kisah pasangan romantik ini meraih perhatian ramai selepas dikongsikan di Facebook.

Rata-rata berpandangan ceritanya ini memberi inspirasi kepada pasangan muda untuk mengikuti jejak langkahnya.

"Saya mengharapkan kehidupan seperti anda. Semoga Allah kurniakan kesihatan pada kami berdua seperti anda berdua.

"Syukur la. Sudah berumur ni nak hidup tenang-tenang je. Sihat tubuh badan serta beribadah dengan sempurna," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain