KEHIDUPAN manusia tidak akan lengkap tanpa kehadiran orang lain, tidak kiralah sama ada ahli keluarga, sanak saudara atau rakan. Namun tidak semua insan dikurniakan rezeki untuk mempunyai teman hidup atau pasangan, sehingga mereka akhirnya terpaksa menempuh hari-hari dalam kesunyian. Melalui satu perkongsian di laman X, seorang lelaki menceritakan pengalamannya tinggal bersendirian tanpa teman. Fikiran menerawang jauh ketika diri dibiarkan keseorangan. -Gambar hiasan Apa yang dirasakan pada masa itu membuatkan dia sedar bahawa hidup tanpa ditemani sesiapa dalam dunia ini adalah sesuatu yang menyiksakan. "Antara benda yang tak seronok apabila tinggal seorang ni adalah waktu kau sakit, contohnya tengah demam. Tak ada sesiapa nak tolong jaga. "Kalau nak makan kena pergi cari sendiri atau beli secara online atau apa-apa yang ada. Tapi itulah, nak mencari makan waktu tengah sakit tu azab, seronok rasa kalau ada sesiapa boleh masakkan untuk kita. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dua selera, hati rasa nak kahwin tapi nafsu pada kaum sejenis! Jenayah liwat ubah hidup lelaki ini, jiwa kosong tanpa cinta wanita ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘selak’ kisah hidup influencer terkenal, pura-pura pamer hidup bahagia - “Stres pendapatan tak menentu” "Nak ikat perut tak boleh juga sebab kena makan, kalau tidak macam mana nak ambil ubat. Lagi satu tiada tempat nak mengada-ngada. "Satu-satunya benda yang kita boleh buat adalah baring sambil mata tenung siling," ujar lelaki itu. Satu benda je selalu terfikir bila sakit seorang diri ni, macam mana kalau kita tiba-tiba mati, siapa je yang kisah? WARGA MAYA Menjengah ke ruangan ciapan balas, sebahagian warga maya berpandangan mereka lebih selesa untuk hidup dalam keadaan yang sedemikian. "Macam aku sendiri, aku suka duduk seorang waktu tengah sakit, sekurang-kurangnya tak menjadi beban kepada orang lain. Masing-masing diuji dalam hidup ni, aku tak mahu jadi masalah tambahan kepada mereka. Warga maya berkongsi pandangan. "Lagi satu kalau ada kawan-kawan ketika sakit ni, kita akan senang terasa hati. Mungkin sebab mereka tak beri cukup layanan kepada kita, hati pula tengah sensitif waktu sakit, jadi senang beremosi. "Pernah duduk seorang diri dalam rumah yang ada banyak bilik, nak hilangkan rasa kesunyian tu setiap hari aku tidur tukar-tukar tempat. Hilang la sikit rasa kebosanan tu. "Satu benda je selalu terfikir bila sakit seorang diri ni, macam mana kalau kita tiba-tiba mati, siapa je yang kisah? Mungkin bila jiran dah bau busuk mayat baru orang sedar, malunya diri ni kalau macam tu," ujar pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube