suria

Cikgu Kuala Krai demam seminggu lepas berdialog dengan jin... Makhluk ghaib nak tumpang berteduh, kawasan terjejas banjir

Banjir pada tahun 2014 menjejaskan sebahagian penduduk di Kelantan. -Gambar hiasan

KEWUJUDAN jin, bunian serta alam ghaib merupakan perkara yang melangkaui deria serta pemikiran manusia biasa.

Namun, ada individu tertentu mendakwa mereka mempunyai kebolehan untuk masuk ke alam ghaib dan berkomunikasi dengan makhluk-makhluk berkenaan.

Di TiKTok, seorang wanita turut meraih perhatian ramai apabila dia berkongsi kisahnya yang berdialog dengan makhluk didakwa sebagai jin.

banjir2

Mangsa banjir biasanya akan dipindahkan ke sekolah buat sementara waktu. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu yang berkhidmat sebagai guru di Kuala Krai, Kelantan, dia berdepan pengalaman tersebut ketika bencana banjir pada pada tahun 2014.

"Banjir paling teruk berlaku pada tahun 2014. Saya sempat berdialog dengan bangsa jin jenis bersayap yang ikut menumpang di sekolah tempat saya mengajar.

"Ini kerana tempat kediaman mereka turut terjejas. Ringkas ceritanya, dia nak tumpang dekat sekolah sebab kawasan dia terjejas.

Bayangkan macam rupa burung hering tapi mata merah menyala... badan manusia, berkepak dan berparuh seperti burung.

GURU WANITA

"Apabila kawasan dia dah okey, mereka akan balik te tempat asal yang terletak di lembah sebelah bukit, di belakang sekolah," dakwa wanita itu.

Tambah wanita itu lagi, pengalaman berjumpa dengan jin dianggap sesuatu yang sangat menakutkan sehingga dia mengalami demam selama seminggu.

"Dia beritahu nak tumpang. Masa tu saya berada dekat kawasan pagar belakang sekolah, kawasan bukit dan hutan. Takut sangat-sangat, tapi saya cuba beranikan diri. Allah sahaja yang tahu. Lepas tu demam seminggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir dah paras dada, pemuda tenang makan nasi walau ‘ribut di jiwa’ fikir barang rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Tenangnya orang Kelantan hadap banjir... Ramai kagum wanita ini ‘berdamai dengan takdir’, sikit pun tak merungut

"Bencana yang berlaku di alam kita, mereka turut terjejas dan kena tempiasnya. Bukan saja banjir, apa-apa bencana alam mereka turut terjejas.

"Mereka ikut pindah sebab tempat mereka tak boleh tinggal, berlumpur dan berdebu. Di sekolah bersih dan bebas debu lumpur," jelasnya lagi.

Dalam perkongsiannya, wanita itu turut memberi gambaran tentang rupa jin yang ditemuinya.

"Bayangkan macam rupa burung hering tapi mata merah menyala. Muka menyeramkan. Badan manusia, berkepak dan berparuh macam burung.

"Banyak lagi cerita tapi saya malas nak cerita, sebab manusia yang tak pernah alami akan kata kita mengarut," kongsi wanita itu.

Children rowing their sampan on flood waters in Rantau Panjang, Kelantan l

Selain manusia, haiwan turut terjejas apabila habitat mereka ditenggelami air ketika banjir. -Gambar hiasan

Menjengah ruangan komen, beberapa pelayar TikTok turut berkongsi pengalaman mereka berdepan kejadian hampir sama.

"Tempat saya, kalau nak bagi tahu amaran banjir, bunyi meriam di alam sana. Tiga hari berturut-turut ya bunyi meriam tu malam-malam.

"Saya pernah nampak jin besar, badan berbulu macam bigfoot, bertaring, mata merah menyala, panjat dinding.

"Saya biasa tengok jin bersayap masa kecil dulu," dakwa beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain