SESETENGAH individu termasuk golongan suami mungkin tidak memahami beban tugas serta tanggungjawab seorang suri rumah yang perlu 'bekerja' 24 jam setiap hari. Tugasan yang dipikul menjadi lebih berat apabila mereka turut mempunyai kerjaya hakiki sehingga ada yang meluahkan hasrat untuk beristirehat sendirian tanpa kehadiran keluarga termasuk anak-anak. Menerusi hantaran tular, seorang wanita berkerjaya meluahkan tekanan yang dialami sebagai isteri akibat terbeban dengan tugasan harian serta tanggungjawab di rumah. Ujar wanita ini, lebih membebankan apabila suaminya seolah-olah tidak memahami tekanan yang dirasai kerana sentiasa meminta diri dilayan walaupun telah meluahkan keinginan untuk berehat. Isteri berharap dapat waktu bersendirian bagi menghilang lelah yang dialami. -Gambar hiasan "Kalau dah kahwin memang tak boleh ada me time? Aku sayang suami tapi dia terlampau clingy. "Bayangkan aku mohon cuti tahunan dan cakap pada dia nak me time sebab stres... dia terus mohon cuti tahunan pada hari yang sama juga," luahnya dalam nada sayu. Beranggapan dapat menenangkan diri pada hari cuti tersebut, dia tidak menyangka suaminya akan sentiasa 'melekat' dan meminta dilayan. Bukan itu sahaja, suaminya juga seolah-olah tidak memahami keinginannya sehingga dia tidak berpeluang merehatkan diri dan menghilangkan teknan yang dialami. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tergamam suami suruh kencing tepi surau! Jauh beza layanan pasangan naik Alphard, isteri dilayan penuh kasih sayang ARTIKEL BERKAITAN: Demi isteri mengidam, suami ketuk rumah penjual ketupat palas tengah malam... Syukur peniaga sedekah, seolah-olah tahu ‘belum gaji’ "Akhirnya aku tak ada pun me time sebab dia asyik tanya kenapa tak layan dia dan masakkan untuk dia. Dia jenis yang tak suka makan di luar. "Hidup aku ni memang setiap masa revolve dikelilingi keluarga dan kerja. Tak pernah pun untuk diri sendiri," tambah wanita ini. Meskipun kecewa dengan situasi yang dialami, dia masih cuba bertoleransi dan berbincang dengan suaminya tentang keadaan semasa diri. Slow talk pun tak jalan, buat senyap-senyap... minta cuti jangan maklum dia. WARGA MAYA Umpama mencurah air ke daun keladi, suaminya bukan sahaja tidak memahami apa yang disampaikan malah tidak membantu menguruskan hal rumah tangga termasuk anak yang masih kecil. "Aku dah luah kat dia tapi mungkin ayat kurang jelas sebab dia masih tak faham. "Dah la aku ada anak kecil dan boleh dikatakan setiap masa aku yang uruskan, aku pun bekerja... banyak buat programming dan jumpa klien. "Kadang-kadang nak juga aku lepak kat mall, apabila minta izin je dia akan datang sekali," luahnya lagi. Me time juga penting bagi wanita berkerjaya. -Gambar hiasan Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya. Ramai yang mengesyorkan supaya dia membuat permohonan cuti tahunan secara senyap dan tanpa memaklumkan pada suami. "Kalau dah macam ni, lain kali minta cuti jangan maklum dia. Hanya cakap pada hari kejadian selepas dia dah ada kat tempat kerja. "Kalau slow talk pun tak jalan, buat senyap-senyap. Bab masak tu buat saya baran sebab kita nak rehat dia paksa memasak pula. "Masa untuk jadi perempuan gila. Ambil cuti dan kunci pintu tidur kat dalam... buat perangai budak-budak sebab dia pun buat macam tu," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube