HUTANG adalah amanah yang wajib dijelaskan. Biasanya apabila orang yang berhutang meninggal dunia, maka amanah itu digalas pula oleh ahli keluarga untuk dilunaskan kepada pemilik asalnya. Di platform X, seorang pemuda turut berkongsi semula kisah yang diceritakan ustaznya tentang individu yang mati dalam keadaan berhutang. Setiap kenderaan perlu membuat pembayaran untuk menggunakan kawasan parkir berbayar. -Gambar hiasan Pemuda dikenali sebagai Haziq itu berkata, ustaznya didatangi orang yang meninggal dunia menerusi mimpi meminta dia membantu melunaskan hutang ketika hidup. "Ada satu cerita pasal kompaun parking. Benda ni berlaku pada keluarga ustaz aku. Suatu hari makcik dia meninggal. "Lepas kebumi, malam tu ustaz aku mimpi makcik dia datang rumah dia. Dia beritahu ada hutang RM150. Arwah sebut spesifik RM150, hutang parking," kongsi pemuda itu. Lepas kejadian tu, mereka bayar dan kami yang dengar pun masing-masing muhasabah. HAZIQ Meskipun mimpi biasanya dianggap sebagai mainan tidur, namun menurut Haziq ustaz berkenaan bertindak membuat semakan untuk mengenal pasti hutang ibu saudaranya. Menurut Haziq lagi, dia yang mendengar kisah tersebut turut mengambil iktibar agar tidak memandang remeh meskipun nilai hutang itu rendah. "Ustaz aku buat semakan. Dan memang tepat. Hutang parking RM150 masih belum bayar. ARTIKEL BERKAITAN: Hutang 6K dengan saudara, suami isteri ‘alim’ enggan bayar! Anggap tak wajib sebab pemiutang tak solat ARTIKEL BERKAITAN: Baki gaji tinggal RM700, staf ‘gomen’ cuba nasib tambah hutang! Masih ada hati mohon pinjaman peribadi "Lepas kejadian tu, mereka bayar dan kami yang dengar pun masing-masing muhasabah. "Nampak macam simple. Sebab tak dikenakan tindakan pun kalau tak bayar. Tapi itulah, hutang tetap hutang," ujarnya lagi. Dia membuat perkongsian kisah itu menerusi platform X pada Khamis. Seorang lagi pelayar X turut berkongsi kisah hampir sama yang dilalui rakannya. Hutang si mati biasanya akan dilunaskan oleh ahli keluarganya. -Gambar hiasan "Member cerita lepas ayah dia meninggal dan settle uruskan harta arwah ayah dia, one day kerap dia mimpi ayah dia datang beritahu pasal hutang. "Then dia check balik ada hutang bil Celcom belum settle. Ya sekecil-kecil benda pun wajib kena langsaikan hutang si mati," kongsi individu itu pula. "Hutang ni benda berat, sebab tu ada doa dijauhkan dari beban berhutang," tulis seorang lagi netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube