RAWATAN alternatif akan menjadi pilihan masyarakat, biasanya selepas usaha merawat dengan perubatan moden tidak membuahkan hasil. Bagaimanapun, apabila kaedah ini digunakan, ada individu yang terlampau taksub dengan setiap kata-kata perawat malah sanggup menuduh individu lain menjadi punca masalah yang dialami. Berdepan situasi sama, seorang lelaki meminta bantuan dan nasihat daripada peguam selepas mendapati ibu mentuanya sering menjadi mangsa fitnah bapa mentua. Berkongsi cerita, ujar lelaki ini, ibu dan bapa mentuanya baru sahaja mendirikan rumah tangga kira-kira dua bulan lalu. Rawatan perubatan Islam menjadi pilihan kebanyakan masyarakat. -Gambar hiasan Namun, mahligai yang dibina tidak seindah yang diharapkan meskipun perkahwinan dibina atas dasar suka sama suka. "Ibu mentua saya baru sahaja berkahwin tak sampai dua bulan, atas dasar suka sama suka. "Bapa mentua tiri jenis yang ortodoks terhadap rawatan tradisional bomoh dan baru-baru ini dia sakit serta mudah rasa penat. "Dia merupakan pesakit jantung dan seorang yang tidak gemar mengambil ubat-ubatan," ujarnya menerusi hantaran di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tuduh famili mentua punca perkahwinan tak bahagia! Ipar minta duit, ibu paksa suami buat loan kereta... Anak bini sendiri disuruh jimat ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ikhtiar hamil minum air akar kayu kini sukar kencing! Perawat lesap, RM4,000 hangus Menurut pelayar ini lagi, dia akur apabila bapa mentuanya menolak perubatan moden dan memilih mendapatkan rawatan tradisional. Namun katanya, dia tidak dapat menerima apabila bapa mentua terus mempercayai tuduhan perawat yang menyatakan ibu mentuanya menjadi punca kesakitan kerana 'tersalah menuntut ilmu'. "Bomoh tersebut menuduh ibu mentua adalah punca sakit kerana tersalah menuntut. Walhal ibu mentua seorang yang warak, baik dan sopan sepanjang saya menjaganya beberapa tahun setelah kematian ayah mentua. Banyak perawat atau bomoh yang jumpa... semua pesan yang tiada perawat boleh keluarkan nama siapa-siapa yang dituduh. WARGA MAYA "Ibu mentua juga ada menyimpan nota-nota lama yang dicatat ketika bertalaqi di masjid dan bomoh tersebut mengatakan buku nota berkenaan mempunyai jin pendamping serta perlu 'diikat'. "Ibu mentua juga dipaksa beristighfar 10,000 kali sehari supaya sakit yang dialami bapa mentua hilang," tambahnya. Menurut lelaki ini lagi, ibu mentuanya juga diminta untuk berhenti melakukan rawatan insulin dengan alasan ia adalah 'sarang' kepada makhluk halus dan jin. Disebabkan terpedaya dengan kata-kata perawat berkenaan, bapa mentuanya meluahkan kebimbangan dan sering menyalahkan ibu mentua sehingga rumah tangga mereka bergolak. Warga maya memberikan pandangan masing-masing. Luahannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya meminta supaya pasangan tersebut bercerai dan membawa haluan masing-masing. Tidak kurang juga yang menyatakan perawat tersebut adalah scammer dan cuba mendapatkan wang dengan cara mudah. "Saya ada pengalaman pergi berubat cara tradisional tapi dah banyak perawat atau bomoh yang jumpa... semua pesan yang tiada perawat boleh keluarkan nama siapa-siapa yang dituduh. "Cerai je, cakap dekat ibu mentua... selain tak serabut, boleh jalan-jalan sana sini sambil fokus amal ibadat dan jaga kesihatan. "Cepat penat, ubat jantung tak makan. Suruh dia buat echo tengok keadaan jantung, bimbang ambil ubat kuat," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube