suria

Wanita dalam pantang stres sampai rasa nak bunuh bayi, suami rimas mengadu letih... Tetap tak sokong childfree marriage

Tekanan perasaan boleh menyebabkan ibu mengandung menjadi terlebih beremosi. -Gambar hiasan

MEMILIKI cahaya mata adalah satu keinginan dan impian hampir semua pasangan yang berkahwin.

Namun bagi seorang wanita yang baru sahaja bergelar ibu, dia terpanggil untuk meluahkan isi hatinya selepas kecoh mengenai konsep 'childfree marriage' (tidak mahu zuriat selepas berkahwin).

Dalam hantarannya di X, pengadu yang tidak mendedahkan identiti diri itu menceritakan tentang apa yang berlaku kepada dirinya ketika masih dalam pantang.

"Saya bukan golongan yang sokong childfree marriage. Tapi untuk suami di luar sana, kalau isteri kata belum bersedia nak ada anak, tolong la faham.

Wanita sedang berpantang lebih sensitif dan mudah beremosi. -Gambar hiasan

"Jangan bagi ayat 'tak boleh macam tu, anak itu rezeki'... akhirnya bila anak keluar (dilahirkan), isteri hadap sorang-sorang semua kepayahan," ujarnya.

Menurut wanita itu lagi, dia sendiri tidak faham mengenai perubahan emosinya yang dirasakan semakin parah selepas bersalin.

Situasi menjadi bertambah buruk apabila suaminya langsung tidak boleh diharap untuk mengurangkan beban, malah langsung tidak memahami tahap keletihannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki jaga anak cikgu, pengasuh pun terima bonus! Ibu asuhan ini syukur dapat majikan baik, selalu ‘hulur’ lebih

ARTIKEL BERKAITAN: Anak suka pengasuh, ibu datang jemput dihalau dengan penyapu! Syahdu ‘scene’ meraung peluk kaki sampai jiran call tanya

Pasangannya juga tidak peduli apabila dia mengadu sangat letih, membuatkan wanita ini makan hati dan beberapa kali terfikir untuk melakukan sesuatu yang dilarang agama.

"Saya tak tahu apa tak kena dengan saya sebab saya masih dalam pantang dan sudah beberapa kali saya cuba nak bunuh bayi sendiri.

"Beberapa kali juga saya terfikir nak terjun dari rumah. Setiap kali saya tunjuk yang saya sudah sangat letih pada suami, dia macam rasa jengkel dan sikit pun tak tenangkan saya.

Anak tu rezeki tapi kalau tak ambil tahu fasal anak bini pun salah juga.

NETIZEN

"Kadang-kadang dia melenting cakap saya bukan penyabar. Saya nak bunuh diri la. Saya dah sakit mental kan?" katanya lagi.

Apa yang diluahkan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan netizen yang berpandangan dia mungkin mengalami tekanan mental.

Rata-rata menyarankan agar wanita ini berjumpa doktor untuk mengenal pasti sekiranya dia mengalami postpartum depression (kemurungan selepas bersalin).

Komen netizen pada hantaran di X.

"Anak tu rezeki tapi kalau tak ambil tahu fasal anak bini pun salah juga. Kalau jaga mental bini, jaga elok-elok anak baru la rezeki senang masuk.

"Pengadu tolong dapatkan diagnosis atau sekurang-kurangnya bercakap dengan ibu bapa atau kawan jadi mereka ada dengan awak.

"Untuk pengadu, ni kes lain. Ini dah postpartum depression. Childfree tu orang tak nak anak langsung. Macam pengadu ni tolong rujuk dekat klinik kesihatan atau famili terdekat," beberapa netizen memberikan nasihat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain