suria

Anak terkilan tak mampu bagi wang belanja lebih untuk mak ayah! Bapa selalu pinjam duit... Pernah minta RM20, RM35

Seorang wanita menceritakan kisah bapanya yang kerap meminjam duit daripadanya. -Gambar hiasan

SETIAP anak mempunyai impian untuk membahagiakan kedua-dua ibu bapa dengan memberi kesenangan kepada mereka.

Begitu juga dengan wanita ini yang cuba untuk berbakti kepada orang tuanya sebagaimana dikongsikan oleh Mey Zashf di TikTok.

Namun, menurut Mey, dia berasa terkilan kerana tidak dapat memberikan kemewahan atau wang perbelanjaan yang cukup sehingga bapanya banyak kali terpaksa meminjam daripadanya.

"Saya tak pernah benci ayah. Saya sedih bila fikir kasihankan ayah. Sudah tua pun kena cari duit.

Antara perbualan Mey dengan bapanya.

"Saya cuma sedih sebab saya tak mampu nak bagi lebih untuk mak ayah saya," luahnya di ruangan kapsyen.

Dalam hantaran dimuat naik, Mey menunjukkan kompilasi tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp bersama bapanya berkaitan wang.

Berdasarkan posting tersebut, bapanya kerap meminta bantuan dengan meminta anaknya itu memindahkan sejumlah wang yang mahu digunakan untuk urusan tertentu.

Bapa Mey pernah meminta pinjam sebanyak RM200, RM50, RM60, RM35 dan paling sedikit RM20.

Pernah juga bapanya berpesan supaya Mey merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sepupu nak kahwin rayu pinjam duit beli kambing ekstra... Hari kenduri lauk tak cukup, wang dipinjam bayar sewa karaoke

ARTIKEL BERKAITAN:Anak bongsu gaji 7K enggan balik beraya, penat jadi ‘bank’ 6 adik beradik lain! Tak bagi duit dicop ‘kedekut’

"Hang ada RM200 tak bagi ayah pinjam sekejap. Nak bayar duit ****. Jangan beritahu mak tau. Nanti kena marah," kata si bapa kepada Mey.

Bagaimanapun, setiap permintaan bapanya dapat ditunaikan oleh Mey tanpa banyak bertanya atau memberikan sebarang alasan.

Bagi Mey, dia berasa senang hati apabila dapat membantu bapanya yang kerap mempunyai masalah kewangan.

Berdasarkan hantaran dibuat wanita ini, Mey dipercayai merupakan anak kedua dan anak perempuan pertama dalam adik beradiknya.

Kadang tu sedih kalau abah nak pinjam tapi masa tu kita juga tak ada duit.

NETIZEN

"Ada orang siap tanya lagi, kerja dah lama tapi tak ada pencapaian apa-apa.

"Ada... pencapaian saya dapat bagi duit sikit dekat mak ayah sendiri. Tolong belikan keperluan rumah sikit. Tolong bantu duit untuk adik-adik belajar.

"Ya Allah semoga usaha kecil saya ni dapat buatkan saya lebih berusaha untuk cari rezeki lebih untuk keluarga," tulisnya lagi di ruang kapsyen.

Hantaran dikongsikan Mey turut meraih perhatian netizen yang bersimpati dengan nasibnya.

Sesetengah daripada mereka juga memahami apa yang terbuku dalam hatinya.

Komen netizen pada TikTok.

"Kadang tu sedih kalau abah nak pinjam tapi masa tu kita juga tak ada duit. Rasa bersalahnya tu.

"Percayalah satu hari nanti rezeki kau melimpah datang tanpa kau sedar.

"Saya jenis setiap bulan tak akan bagi terus duit beratus dekat ayah. Tapi bila dia minta, saya bagi terus macam ini la.

"Comel bila ayah awak pesan jangan beritahu mak. Nanti mak marah," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain