suria

Famili B40 pecah belah... Wanita terbeban sara bapa penagih, ibu kaki pinjam duit! Adik beradik lelaki seorang pun tak boleh pakai

Anak sulung sering dibebankan dengan tanggungjawab menyara keluarga. -Gambar hiasan

ANAK sulung sememangnya mempunyai kedudukan 'istimewa' dalam sesebuah keluarga.

Bagaimanapun, sesetengahnya sering dibebani dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab termasuklah menyara keluarga.

Menerusi satu hantaran tular, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan tertekan apabila terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Selain perlu menanggung perbelanjaan rumah dan kehidupan harian, dia juga menyara dua adik serta ibu yang sudah tidak bekerja.

Wanita ini menghabiskan seluruh gajinya untuk melangsaikan hutang keluarga.

Seorang wanita menghabiskan seluruh gajinya untuk melangsaikan hutang keluarga. -Gambar hiasan

Pada masa sama, dia terpaksa memberikan sedikit gaji bulanan kepada bapanya yang dipercayai masih terjebak dengan masalah ketagihan dadah.

Meluahkan kesedihan di laman Facebook, dia yang enggan dikenali berkata, kehidupannya berubah sekelip mata selepas ibu dan bapanya mengambil keputusan untuk bercerai.

Menurutnya, ketika itu dia sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan.

"Menyampah jadi anak sulung perempuan, kena pula duduk dalam keluarga pecah belah... aku dah jadi macam ketua keluarga, mak ayah bercerai masa tengah belajar di universiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya kerana ada slip gaji, mak ayah harap anak perempuan tunggal tanggung keluarga... yang lelaki dibiar naik lemak, tak bekerja

ARTIKEL BERKAITAN: Dikerah tanggung keluarga sejak kecil, siap bayar hutang mak ayah... Rupanya ramai terkena, tak buat dilabel anak derhaka

"Mak aku promoter tapi sekarang dah tak bekerja. Bapa aku pula penagih, sebab tu bercerai.

"Walaupun dah bercerai, bapa aku tiap-tiap bulan akan hubungi untuk minta duit... aku syak dia masih menagih dan aku kesian kat dia.

"Bulan-bulan aku paksa adik aku dua orang ni untuk bagi duit, paling banyak pun RM300 sebulan dan macam biasa lepas dapat duit terus senyap," ujarnya.

Menurut wanita ini, masalah yang dialami semakin membebankan apabila ibunya membuat pelbagai jenis pinjaman kewangan termasuk daripada ah long.

Adik-adik pula tak mahu ambil peduli dengan masalah tu semua, seorang dah kahwin dan dia lepas tangan sepenuhnya.

PELAYAR FACEBOOK

Malah katanya, masalah bermula selepas ibunya berpisah dan mula melayan ramai lelaki yang dikenali di laman Facebook.

"Ibu aku layan macam-macam lelaki, buat panggilan video sampai kena tipu beribu-ribu. Kemudian bercinta dengan seorang lelaki ni, tapi akhirnya dia ditinggalkan.

"Jadi masalahnya apabila dia banyak hutang pinjaman ah long masa bercinta tu. Aku tak tahu pun, sampailah aku terima mesej daripada ah long yang minta bayaran RM10,000," luahnya sayu.

Menyedari implikasi daripada pinjaman kewangan dari komuniti tidak berlesen itu, dia kemudiannya menggunakan duit gaji untuk membuat bayaran bulanan.

Malah katanya, situasi yang dialami membuatkan pendapatan bulanannya hanya berbaki RM200 sahaja untuk dia meneruskan kehidupan bersama keluarga.

Kebanyakan wanita stres dengan kehidupan yang dilalui. -Gambar hiasan

Sesetengah wanita terpaksa menanggung beban yang tak sepatutnya ditanggung. -Gambar hiasan

Bukan itu sahaja, dia turut membuat pinjaman daripada sebuah institusi kewangan supaya dapat menjelaskan hutang yang dibuat oleh ibunya.

"Sebab masalah mak aku tu, aku buat loan dengan AEON untuk selesaikan hutang-hutang dia... aku risaukan keselamatan keluarga aku walaupun semua tu macam tak berfungsi.

"Adik-adik pula tak mahu ambil peduli dengan masalah tu semua, seorang dah kahwin dan dia lepas tangan sepenuhnya manakala seorang lagi bekerja tapi kena paksa untuk tolong.

"Adik bongsu aku ni, aku pula kena tanggung pembelajaran dia dari A sampai Z. Tapi mak aku tak nampak pengorbanan aku," katanya yang kini sudah mendirikan rumah tangga.

Beranggapan masalah yang dialami berakhir selepas berkahwin, dia yang mempunyai seorang cahaya mata terkejut apabila bapanya semakin kerap menghubungi dan meminta duit.

Warga tampil memberikan kata-kata semangat padanya.

Netizen tampil memberikan kata-kata semangat.

Malah dia sering diarahkan oleh bapa supaya meminta duit daripada suami.

Tambah wanita ini, perkara yang paling menyedihkan apabila duit yang dihulurkan untuk keluarga disalah gunakan ibunya sehingga menyebabkan berlaku tunggakan bil utiliti di kampung halaman.

"Aku tak pernah terlepas bagi duit belanja pada mak dan ayah tapi aku terkejut apabila dihubungi tentang tunggakan 1k.

"Mereka minta aku bayar segera, mana aku nak cari duit banyak tu... adik-adik pun tak mahu tolong sedangkan mereka semua lelaki, masalah terbeban kat atas aku," luahnya sayu.

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang dialami dan meminta dia menghubungi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk menahan bapanya yang masih menagih bagi mengurangkan beban kewangan.

Tidak kurang juga yang mencadangkannya supaya menukar nombor telefon dan berhenti mengambil tahu tentang keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain