GELAGAT seorang lelaki yang dilihat mundar-mandir menaiki motosikal di kawasan perumahannya bagi mencari jalan untuk bermain sepak takraw dengan penduduk setempat mencuri perhatian ramai. Menurut si isteri Siti Nor Najihah Mohd Yunus, 24, dia dan suami baru sahaja berpindah ke Kuarters Guru Lurah Bilut, Bentong di Pahang selepas mendirikan rumah tangga. Jelasnya yang baru berkahwin dengan Aisar Faisal Ayub, 27, pada Mei lalu, suaminya ini begitu teruja untuk bergaul dengan penduduk sekitar kawasan Felda berkenaan. "Suami saya memang minat dengan permainan berkaitan bola seperti sepak takraw ni. Setiap petang budak-budak di sini main takraw. Aisar teruja apabila masih dapat bermain takraw pada hari kedua. "Sebenarnya suami saya sudah lama nak join mereka main sekali tapi itu la... kadang tu dia kerja. Jadi apabila ada peluang terus dia nak pergi. "Tapi masa mula-mula dia jadi malu-malu kucing, sebab tu saya rakam gelagat dia pusing-pusing naik motosikal dulu," ujarnya ketika dihubungi mStar. Bercerita lanjut Najihah berkata, sebagai 'salam perkenalan', suaminya membeli air botol untuk kanak-kanak di situ yang tentunya kehasuan apabila bermain. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isteri pemain masuk padang panggil suami balik, ketua kampung dedah perkara sebenar ARTIKEL BERKAITAN: Suami tolak kejutan tiket bola isteri hidap kanser, kantoi buat ‘OT’ di stadium dengan ex-gf, siap check in - “Kalau saya dah tak ada, dia boleh jadi mak tiri anak kita” "Akhirnya dia boleh sertai budak-budak tu main. Dia siap beli air sebanyak 13 botol bagi dekat budak-budak tu sebab dapat main. "Pada hari kedua, dia sambung main lagi, penangan tak puas main pada hari sebelum tu. Dia punya semangat nak main sampai siap-siap pakai kasut ketika tengah makan, takut terlewat katanya. "Sejak boleh main tu selalu juga suami bawa air minuman bagi dekat budak-budak tu. Dia cakap sambil main, sambil bersedekah. Budak-budak pun jadi seronok dengan kita," katanya lagi. Jelas Najihah, dia berasa senang hati melihat sikap suamninya yang merupakan seorang anggota polis ini begitu pandai melayan kanak-kanak tersebut. Selalu juga suami bawa air minuman bagi dekat budak-budak tu... dia cakap sambil main, sambil bersedekah. SITI NOR NAJIHAH Keakraban kanak-kanak ini bermain dengan suaminya malah menjadi lebih rapat apabila Aisar mendapat gelaran 'Abang Caru' diberikan kepadanya. "Dia cakap main dengan budak-budak bawah daripada umur dia pun okey je. Lagipun mereka ni sporting. Dengan saya sekali pun seronok tengok suami layan mereka. "Kadang-kadang tu saya teman juga la tengok dia main. Bosan juga kalau petang-petang tu duduk rumah je tak buat apa-apa kan. Pasangan ini baru mendirikan rumah tangga sebulan lalu. "Dekat kawasan sini pun kebanyakan budak sekolah je. Yang dewasa mungkin sibuk bekerja atau luangkan masa dengan keluarga," katanya. Mengenai hantarannya yang tular di TikTok, Najihah tidak menyangka perkongsiannya ini disukai oleh orang ramai selepas melihat video tersebut. Dalam pada itu, wanita ini meminta agar warga maya mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan rumah tangganya yang baru memasuki alam perkahwinan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube