suria

Wanita kagum sikap penemuduga kerja syarikat luar negara, sangat profesional... Tak tanya pun hal kahwin, perancangan ada anak

Faktor persaingan turut menyebabkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan menjadi lebih sukar. -Gambar hiasan

JANGAN pandang rendah pada diri sendiri.

Begitulah pegangan seorang suri rumah yang ingin membuktikan dia juga boleh berjaya dan meraih gaji setimpal dengan kelayakannya.

Menerusi perkongsian di laman X, wanita itu berkata dia sebelum ini sanggup berhenti kerja demi memberi fokus terhadap keluarga.

WhatsApp Image 2024-06-24 at 11.59.29 AM

Proses temuduga kerja dianggap 'menakutkan' oleh segelintir calon. -Gambar hiasan

Namun selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, suri rumah itu berkata dia kembali mencari kerja namun proses itu tidak semudah yang disangka.

Lebih teruk wanita berkenaan berkata kebanyakan syarikat tempatan juga memandang rendah terhadapnya dan menawarkan gaji pada kadar yang rendah.

"Sebelum ni saya pernah la tanya, macam mana nak mula balik kerja sebab dah setahun lebih tak kerja, saya hanya jadi suri rumah. Saya kurang keyakinan diri.

Jangan biarkan syarikat ni pijak kita dan lowball gaji atas alasan kita ni ada career gap.

WANITA PENCARI KERJA

"Saya takut bakal majikan tak nak ambil kerja. Saya pergi beberapa temuduga kerja dengan syarikat tempatan, semua macam tak boleh terima alasan career break.

"Ada syarikat pasar raya terkenal tu, dia tengok gaji terakhir saya RM2,600. Saya mohon gaji RM3,000 pun mereka tak boleh bagi. Mereka tawarkan gaji RM2,600 juga, tapi jawatan eksekutif," ujarnya.

Enggan berputus asa, wanita itu tetap meneruskan usahanya sehinggalah dia berjaya dipanggil temuduga dengan sebuah syarikat luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Mohon kerja tapi suka hati tak hadir hari temuduga... Tak maklumkan satu hal, call tak jawab! Wanita persoal sikap budak zaman sekarang

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak pergi temuduga masih tak dapat kerja, anda mungkin silap strategi! Boleh cuba formula ini, kurang rasa gugup

Menurut wanita itu, dia bersyukur apabila syarikat luar negara lebih menghargai bakatnya sehingga ditawarkan gaji pada kadar yang agak tinggi.

"Tapi Alhamdulillah, dapat juga kerja dengan syarikat minyak dan gas (O&G). Temuduga dengan orang Scotland tak ada langsung soalan kenapa ada career gap? Dah kahwin? Ada rancang nak ada anak? Sangat profesional.

"Gaji pun dapat RM4,000 walaupun jawatan assistant saja. Saya tetap gembira dapat RM4,000 sebab sedar tak banyak pengalaman dan banyak kena asah kemahiran lagi," kongsinya.

WhatsApp Image 2024-06-24 at 11.59.55 AM

Suri rumah juga berhak mendapat gaji setimpal kelayakan jika mereka ingin kembali bekerja. -Gambar hiasan

Akhir bicara, wanita itu turut menitipkan pesan kepada golongan suri rumah agar tidak pernah berputus asa dalam mengejar impian mereka.

"Alhamdulillah, 'berkat doa' anak-anak bulus (kucng). Cuma nak bagi semangat kat mana-mana suri rumah nak mula kerja balik tu, percaya pada diri anda.

"Jangan biarkan syarikat ni pijak kita dan lowball gaji atas alasan kita ni ada career gap. Yakin, usaha, doa dan minta restu suami. Insya-Allah ada rezeki untuk kita," pesannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain