SEORANG pencipta kandungan dari Jepun meraih perhatian ramai apabila dia memasak seekor ikan yu yang dibelinya dari sebuah pasar raya di Malaysia. Menerusi video yang dikongsi, TikToker dikenali sebagai Sora Fula itu bertanya kepada dua pekerja tentang menu bersesuaian sekiranya dia membeli ikan berkenaan. Seorang pekerja memberi cadangan agar dia menghasilkan hidangan kari, namun seorang lagi juruwang kelihatan bingung selepas menyedari wanita Jepun itu membeli seekor ikan yu. Video dikongsi wanita itu raih hampir tiga juta tontonan. Dalam babak berikutnya, Sora berkongsi proses penghasilan kari berkenaan yang dianggap sebagai satu hidangan asing bagi masyarakat negaranya. "Jom masak kari ikan yu. Ikan ini tidak dijual di negara Jepun. Wow, potong-potong ikan yu... cantik (isinya). "Masukkan minyak, lobak merah, kentang dan ikan yu. Masukkan juga pati kari Jepun. Dah siap. Dalamnya lembut. Saya tak pernah cuba. Orang Terengganu biasa makan gulai ikan yu berempah, tambah daun kesum. NETIZEN "Rasanya seperti ikan biasa yang normal. Tidaklah teruk sangat," ujar Sora menerusi video yang meraih hampir tiga juta tontonan itu. Apa yang menariknya, dia turut memasukkan kepala ikan yu dalam masakan berkenaan. Video berkenaan dihujani pelbagai komen rakyat Malaysia termasuklah mereka yang pernah mencubanya sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: Tak selesa gerai kecil jadi viral, peniaga minta ‘content creator’ padam video reviu... Risau gagal layan pelanggan ARTIKEL BERKAITAN: Suami umur 62 tahun, content creator terus dihina dan disindir hamil anak ketiga - “Ingat dah tak boleh pakai lagi” "Orang Terengganu biasa makan gulai ikan yu berempah, tambah daun kesum. Sebelum masak, kulit ikan kena buang dulu atau curah air panas dan kikis kulitnya. "Kakak angkat saya orang Ranau, Sabah, dia pandai masak ikan yu. Dia pernah buat pekasam. "Asam pedas ikan yu, sedap. Pertama kali saya makan dekat rumah kawan sebab ayahnya seorang nelayan. Perkongsian TikToker Jepun itu disambut dengan pelbagai komen daripada rakyat Malaysia. "Ikan yu elok untuk ibu menyusu. Emak saya pernah buat kari, sedap sangat," kongsi beberapa individu. Namun, ada juga netizen yang meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka ikan yu dijual secara terbuka di negara ini. "Sejak bila ada orang jual jerung kat Malaysia ni?" soal seorang netizen. "Dah berdekad dijual di pasar kat Malaysia," jawab seorang lagi individu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube