SESIAPA sahaja pasti memasang angan-angan untuk menikmati hari persaraan bersama keluarga tercinta di mahligai impian suatu hari nanti. Ada yang sanggup menabung sejak muda bagi membeli tanah di lokasi diingini sekali gus merealisasikan hasrat yang dipendam lama. Perkara sama dilakukan seorang warga emas ini yang membeli tanah beberapa tahun lalu demi membina kediaman idaman. Setiap individu mempunyai rumah impian. -Gambar hiasan Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapati tanah yang dibeli itu tiba-tiba dibersihkan individu lain tanpa pengetahuannya. Berkongsi cerita mengenai situasi yang dialami, anak perempuannya berkata, sebelum membeli tanah berkenaan, ayahnya sudah membuat semakan di pejabat tanah. "Pada masa tu, tanah tersebut hanya mempunyai satu nama sahaja dan ayah terus beli. ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga bina rumah, 40 tahun duduk free atas tanah orang lain! Bertuah owner bagi wang ihsan lepas suruh pindah ARTIKEL BERKAITAN: 70 tahun ‘sedap’ tumpang tanah dan rumah pusaka orang lain... Pemilik suruh keluar, penghuni acu parang "Selang beberapa tahun, tanah tersebut tiba-tiba telah dibersihkan tanpa pengetahuan ayah saya. Apabila ayah saya berjumpa individu berkenaan... dia mengaku mempunyai hak dan memiliki geran atas tanah berkenaan. "Dia turut menyatakan tanah itu diperoleh daripada ayah mentuanya," luah wanita ini di laman Facebook. Enggan mendiamkan diri, ayahnya sekali lagi membuat semakan berkaitan. Mereka bagi alasan 'fail pakcik dah kena buang'. PELAYAR FACEBOOK Apa yang mengejutkan adalah, tanah yang sebelum ini mempunyai satu nama turut dimiliki oleh individu tersebut. Susulan daripada itu, ayahnya pergi ke pejabat tanah bagi mendapatkan penjelasan daripada pegawai terlibat. Namun malangnya, pihak pejabat tanah didakwa menyatakan fail ayahnya sudah dilupuskan. Warga maya cuba membantunya. "Ayah saya pun pergi ke pejabat tanah untuk dapatkan penjelasan, namun alasan pejabat tanah amatlah tidak logik. "Mereka bagi alasan 'fail pakcik dah kena buang'. Bukankah sebelum melupus fail sekurang-kurangnya tujuh tahun atau lebih dan bolehkah lupus fail sesuka hati? "Staf pejabat tanah juga angkuh menyuruh ayah saya untuk mendakwa mereka," luahnya dalam nada sayu kerana sedih melihat ayahnya diperkotak-katikkan pihak yang sepatutnya membantu mencari penyelesaian. Lebih menyedihkan apabila ayahnya bukan sahaja perlu 'turun naik' pejabat tanah, malah sehingga kini masalah yang dihadapi masih belum diselesaikan. Tambah wanita ini, ayahnya juga sudah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun masih tiada tindakan lanjut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube