suria

Nenek gantung patung Jessie ‘Toy Story’ di tingkap rumah, anak dapat ‘baca’ sesuatu - “Mak pesakit psikiatri, mungkin dia rindu cucu”

Foto patung yang digantung ibu seorang wanita tular di aplikasi TikTok.

SEORANG wanita dihujani kata-kata semangat daripada netizen selepas dia berkongsi tentang ibunya yang menghidap penyakit psikiatri.

Dalam perkongsian di TikTok, wanita itu memuat naik dua keping foto, memaparkan anak patung yang digantung pada bahagian tingkap rumah oleh ibunya.

Ketika dihubungi mStar, wanita itu berkata dia beranggapan anak patung yang digantung oleh ibunya merupakan simbolik perasaan rindu terhadap cucu-cucunya.

WhatsApp Image 2024-06-25 at 3.16.01 PM

Setiap anak dituntut agar memuliakan ibu masing-masing. -Gambar hiasan

"Kami ada enam beradik. Saya anak nombor lima. Mak mula meroyan selepas dia melahirkan abang saya yang ketiga. Lepas tu on off, kejap okey kejap tak.

"Mak saya pesakit psikiatri, bekas pesakit Hospital Bahagia pada tahun 80-an. Kini mak saya ada 20 orang cucu. Ayah saya pula meninggal Disember lepas.

"Mak saya ni suka cucu-cucu dia. Mungkin dia rindu cucu, mungkin itu sebab mak saya gantung patung," ujar wanita itu yang enggan mendedahkan identitinya.

Walaupun mak saya tak sihat sepenuhnya tapi dia mampu cari kerja sendiri, cari duit sendiri masa zaman dia muda.

ANAK

Menurut wanita itu, dia dan ibunya tinggal berasingan di Pasir Gudang, Johor, namun jarak rumah mereka tidak jauh antara satu sama lain.

"Mak dah berumur 73 tahun. Kami tinggal berasingan. Hujung minggu saya datang tengok, Sabtu atau Ahad. Tapi rumah mak dengan rumah saya tak jauh.

"Gambar patung itu saya rakam pada Ahad lalu ketika datang melawat mak. Saya rasa ia sangat comel. Dia gantung patung tu dekat tingkap belakang," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun dibelenggu depresi, 2 kali jalani ujian mental... gadis ini tepis stigma jumpa psikiatrik ertinya gila

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis terbuka kongsi dirinya hidap masalah mental, terkejut ramai nak tahu cara jumpa pakar psikiatri

Dalam perkongsian di TikTok, wanita itu turut meluahkan rasa kagum akan semangat juang ibunya yang pernah bekerja kilang walaupun berdepan masalah psikiatri.

"Alhamdulillah, walaupun mak saya tak sihat sepenuhnya tapi dia mampu cari kerja sendiri, cari duit sendiri masa dia muda, seorang single mom ya. Malah berjaya beli rumah sendiri.

"Amazing kan? Jadi saya nak cakap kepada perempuan di luar sana, kita sebagai perempuan kena kuat, kena pandai berdikari, jangan bergantung kepada lelaki," kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut membuat interpretasi masing-masing terhadap foto itu, malah ada yang turut berkongsi pengalaman membesar sebagai anak kepada pesakit mental.

WhatsApp Image 2024-06-25 at 3.15.49 PM

Ibu merupakan insan paling penting dalam hidup setiap anak. -Gambar hiasan

"Patung ini namanya Jessie, dalam cerita Toy Story. Seorang yang sangat kuat. Sama seperti ibu awak. Semoga dia sihat-sihat dan gembira selalu.

"Mak saya pun pesakit mental sejak adik bongsu saya umur lima tahun, sekarang adik saya dah umur 24 tahun. Mak saya on off masuk hospital. Sayang mak dunia akhirat.

"Kita dalam situasi sama. Mak saya penghidap skizofrenia sejak saya umur tiga tahun. Macam-macam dugaan kami tempuh.

"Bagusnya semua bagi komen positif. Semoga awak diberikan ketabahan dan kekuatan," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain