MENJADI anak sulung sememangnya mempunyai kedudukan istimewa dalam sesebuah keluarga. Namun, tidak semuanya mendapat keistimewaan sebegitu kerana ada juga yang terpaksa menggalas beban dan tanggungjawab termasuklah menyara keluarga. Menerusi satu hantaran di laman X, seorang pemuda meluahkan rasa penat bercampur sedih apabila pengorbanan yang dilakukan terhadap keluarga khususnya adik beradik dirasakan tidak dihargai. Dia yang berusia 33 tahun dan sudah berumah tangga berkata, beban kian terasa apabila pasangannya juga merupakan anak sulung dalam keluarga. Lelaki tersebut tamat sarjana muda ketika umur 28 gara-gara membantu adik beradik. -Gambar hiasan "Aku dan isteri daripada generasi 'sandwich'. "Kami berdua anak sulung dan terpaksa tanggung adik beradik lepas ibu bapa decide nak berhenti kerja bila kami dapat kerja," katanya yang tidak mendedahkan identiti diri. Jelasnya, dia hanya dapat menghabiskan pengajian peringkat sarjana muda pada usia 28 tahun kerana sebelum itu perlu memberikan keutamaan terhadap keluarga termasuklah menanggung kos pengajian adik-adiknya. Pemuda ini kini bekerja sebagai jurutera komersial dan berada di Jepun untuk mengikuti kursus sebelum menjadi senior trainer. Peluang berada di negara orang dan berjauhan dengan keluarga membuatkan dia berniat untuk tidak pulang ke tanah air gara-gara kecewa dengan sikap adik beradiknya yang dianggap tidak serius dalam pelajaran dan tidak memikirkan tentang masa depan. ARTIKEL BERKAITAN: Famili B40 pecah belah... Wanita terbeban sara bapa penagih, ibu kaki pinjam duit! Adik beradik lelaki seorang pun tak boleh pakai ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung rasa tak dihargai! Banyak korban masa, cari duit untuk senangkan famili akhirnya dicop andartu oleh adik-adik "Aku kecewa selepas adik-adik aku semua belajar main-main. Ada yang tiba-tiba berhenti sebab nak jual burger. "Ada yang tukar kursus dan universiti sampai tiga kali sehingga kena bayat tiga kali yuran. "Seorang kena tangkap khalwat dan seorang lagi baru habis STPM nak kahwin," luahnya lagi. Apa yang berlaku ini menyebabkan dia berasa tawar hati, namun atas dasar tanggungjawab sebagai abang, anak sulung dan menantu, dia ada meninggalkan sejumlah wang untuk perbelanjaan keluarga sendiri dan famili mentua. "Aku anggap last amanah aku dekat diaorang, lepas ni sendiri-sendiri tanggung," katanya. Betul bang tindakan kau, biar je adik-adik kau tu rasa susah, dah biasa terasa senang sampai lupa terasa susah cari duit. Warga maya Mengenai diri dan kehidupannya bersama isteri sekrang, dia kini menetap di Jepun dan segalanya bertambah baik dengan banyak faedah disediakan oleh syarikat. "Dekat sana Alhamdulillah dah dapat rumah dekat dengan pengangkutan awam. "Syarikat pun tanggung sepenuhnya sekiranya kami mahu buat rawatan persenyawaan in vitro (IVF). "Bahkan kalau bersalin, setiap bayi akan diberikan elaun," jelasnya. Antara pandangan warga maya. Kelebihan yang diterima ini menjadikan lelaki ini yakin isterinya boleh fokus menjadi suri rumah sepenuh masa dan mennjadi ib kepada anak-anak yang comel. Menjengah ruangan komen, kebanyakan warga maya menyokong tindakan lelaki tersebut "Betul bang tindakan kau, biar je adik-adik kau tu rasa susah, dah biasa terasa senang sampai lupa terasa susah cari duit. "Bagus la tinggalkan je keluarga parasit macam itu. "Semoga dipermudahkan segala urusan anon sekeluarga, semoga dengan cara ini, both keluarga dapat buka mata," demikian antara komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube