suria

Bekas kru kabin lelaki jadi idaman ‘housemate’, dipeluk dari belakang ketika memasak! Silap besar mangsa tengah pegang pisau

Lelaki ini tidak selesa dipeluk rakan serumahnya. -Gambar hiasan

MENYEWA bersama rakan atau individu lain dapat membantu mengurangkan perbelanjaan dan kos bulanan bagi golongan bujang.

Pada masa sama, suasana rumah lebih meriah kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama.

Menerusi hantaran tular, seorang lelaki berkongsikan pengalaman berbeza apabila rakan serumahnya mempunyai sikap yang pelik.

Ramai yang gemar menyewa bilik berbanding sebuah rumah. -Gambar hiasan

Ramai yang gemar menyewa bilik berbanding sebuah rumah. -Gambar hiasan

“Masa hari pertama aku sampai sini, dia tanya aku... you gay ke straight? Kalau gay I nak keluar dari rumah ni?

“Aku tak jawab, sebab aku tak perlu justify apa-apa pasal diri aku pada dia,” ujarnya sambil menyatakan masih mempunyai perasaan hormat pada rakan serumahnya itu meskipun pelik dengan ‘sesi perkenalan’.

Beranggapan tidak akan diganggu dengan isu-isu peribadi dan sensitif seperti itu, dia sekali lagi dikejutkan dengan ‘serangan’ baharu berkaitan kerjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan serumah semua kacak-kacak, tapi pengotor! Paling geli tengok jamban duduk berkerak warna hitam

ARTIKEL BERKAITAN: Malang dapat rakan serumah kedekut, TV tak bagi tengok... mulut pun boleh tahan! - “Andai dapat kerja pangkat lebih tinggi, aku takkan berkira sedemikian rupa”

Menurut lelaki ini, ia berikutan rakan serumahnya baru mengetahui dia pernah menjadi salah seorang pramugara sebuah syarikat penerbangan.

“Dia dapat tahu yang aku pernah jadi kru kabin, kemudian dia cakap yang dia tak suka kru kabin sebab pernah rampas teman wanita dia.

“Adakah lelaki straight akan bercerita macam tu?

Perkara macam ni dah tak tahu malu, tak ada sorok-sorok dan lagi nak heboh yang dia tu gay.

WARGA MAYA

“Selepas beberapa bulan, dia berani nak peluk aku dari belakang setiap kali aku tengah masak kat dapur. Masa tu aku cakap... kalau kau nak pisau ni melekat kat perut, kau buat lagi,” luahnya lagi.

Selepas pada insiden dan teguran keras yang diberikan, lelaki ini menarik nafas lega apabila rakan serumahnya tidak lagi melakukan perbuatan jelik seperti sebelumnya.

Malah katanya, dia kini dapat melalui kehidupan yang lebih baik di rumah tersebut kerana masing-masing melakukan urusan sendiri.

Antara reaksi warga maya di hantarannya.

Antara reaksi warga maya di hantarannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan reaksi kurang senang dan bimbang sekiranya mempunyai rakan serumah yang bersikap pelik dan jelik.

“Orang macam ni insecure tinggi, kadang-kadang kesian sebab semua perkara dia nak persoalkan dan ingin kepastian semata-mata nak justify apa yang difikirkan betul.

“Ingatkan duduk rumah straight ni tak ada masalah, rupanya sama je... tak ada common sense.

“Gangguan seksual, boleh buat laporan polis.

“Perkara macam ni dah tak tahu malu, tak ada sorok-sorok dan lagi nak heboh yang dia tu gay,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain