suria

Aktiviti ‘couple’ bertukar lawat hospital! Gadis bosan hadap kekasih sakit kanser... Hidup hambar, mahu ucap selamat tinggal

Wanita mula rasa bosan dengan kekasih hidap kanser setelah 5 tahun bersama. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan bercinta pasti mempunyai niat untuk menghalalkan hubungan mereka dengan pernikahan.

Namun, ketika fasa percintaan ramai juga yang diuji dengan masalah kewangan, keluarga, kerjaya, kesihatan dan sebagainya.

Melalui satu posting tanpa nama di laman X, seorang gadis meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila pasanganya disahkan mempunyai penyakit setelah mereka menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun.

Komunikasi adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah setiap pasangan. -Gambar hiasan

Komunikasi adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah setiap pasangan. -Gambar hiasan

Jelas gadis itu, pasangannya telah disahkan menghidap kanser sejak dua tahun lepas.

Lebih membuatkan dia berduka apabila doktor memberitahu peluang untuk kekasihnya kembali pulih juga tipis.

"Saya bercinta dengan teman lelaki saya dah 5 tahun.

"Tapi dah dua tahun dia didiagnos menghidap kanser dan baru-baru ini doktor cakap memang dia tak ada harapan sembuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak kahwin, wanita terima pinangan laki lain... Tinggal pakwe sehari sebelum nikah, kini gila bayang teringat ex-BF

ARTIKEL BERKAITAN: Mengelak tiap kali ajak kahwin, BF tak usaha halalkan hubungan... Gadis ini makin bosan, tapi sayang cinta 5 tahun

"Memang kanser itu akan ada sampai bila-bila," luah gadis itu.

Melihat kondisi kesihatan pasangannya yang semakin lemah setiap hari menyebabkan dia mula berasa amat penat dan berniat untuk mengakhiri hubungan bersama pemuda itu.

Bahkan impiannya untuk mendirikan rumah tangga juga tergendala apabila berdepan dengan ujian sebegini.

Tambahnya lagi, disebabkan kurang melakukan aktiviti yang biasa dilakukan pasangan bercinta seperti sebelum ini juga antara sebab dia sudah hilang rasa untuk meneruskan perhubungan.

Bukan suami lagi, kalau tinggal pun tak ada salahnya, ada caranya la. Tak kan tak adil pula, inikan hidup kau.

NETIZEN

"Dua tahun kami tak buat aktiviti couple macam dulu-dulu.

"Asyik melawat ke hospital sahaja sampai plan nak kahwin pun kena tangguh.

"Saya tak sampai hati nak tinggalkan tapi saya dah lama rasa tak gembira dalam hubungan ini," kata gadis itu.

Di ruangan komen balas, ada yang menyifatkan wanita itu seorang yang mementingkan diri kerana mahu meninggalkan kekasih ketika dia dilanda musibah.

Warga maya bertukar pendapat.

Bagaimanapun ada juga yang berpendapat, tindakan untuk meninggalkan kekasihnya adalah pilihan terbaik disebabkan mereka belum mengikat sebarang pertalian.

"Bukan suami lagi, kalau tinggal pun tak ada salahnya, ada caranya la. Tak kan tak adil pula, inikan hidup kau.

"Bagi saya tak (penting diri), dia cuma teman lelaki bukan suami. Iya orang akan cakap kita selfish tapi awak pun layak bahagia juga. Nak tunggu sampai bila? Umur kita makin meningkat, lagi kita perempuan mesti ada keinginan nak kahwin beranak apa semua. Apa-apa pun bincang baik-baik.

"Kalau satu hari nanti awak putus jangan tinggal dia, teman dia tapi sebagai kawan," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain