suria

Driver Viva terima kifarah! Tayar meletup lepas buli, ‘cucuk’ wanita pandu Tesla macam siput - “Masa potong dia buka tingkap, gelak”

Seorang wanita bernama Sarini terpanggil menegur sikap segelintir individu yang memandu secara tidak berhemah di jalan raya. -Gambar (kiri) hiasan

KERETA elektrik atau electric vehicle (EV) kini menjadi tumpuan dunia kerana ia mesra alam sekitar, selain lebih menjimatkan berbanding kenderaan internal combustion engine (ICE) yang menggunakan petrol atau diesel.

Buat masa ini, kos bagi sesebuah kereta EV yang agak tinggi menjadi penyebab mengapa ia tidak menjadi pilihan ramai.

Hantaran seorang individu yang meluahkan rasa geram dan 'sakit mata' apabila terserempak dengan sebuah kereta EV dipercayai model Tesla dipandu perlahan di lebuh raya mengundang kekecohan di media sosial.

"Sedih je aku tengok kereta EV ni kalau dekat highway kena bawa macam siput hahahaha.

"Beli mahal-mahal kemain bangga, tapi kena jimat. Kereta-kereta petrol berdesup potong EV," tulis individu berkenaan.

2

Ramai berminat memiliki kereta EV kerana menjimatkan penggunaan petrol. -Gambar hiasan

Hantaran tersebut mengundang perhatian ramai termasuk seorang wanita yang juga pemilik sebuah kereta EV.

Terpanggil untuk menegur sikap segelintir individu yang gemar mempersendakan atau menyindir pemilik kenderaan EV, wanita bernama Sarini Zainal itu berkongsi pengalamannya dibuli oleh seorang pengguna jalan raya minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hoi! Mana boleh blok jalan macam ni bang” - Pengguna bengang pemandu Chevrolet plat ‘J’ sibuk nak bergaduh, halang lalu lintas

ARTIKEL BERKAITAN: “Kepala berpinar, menggeletar pandu dari Tapah ke Sungai Buloh” - Pemandu wanita kongsi cerita dibuli

"Teringat last week ada kereta Viva cucuk rapat-rapat, potong dan 'menganjing' saya di Bandar Rimbayu. Padahal saya hanya nak hantar anak ke sekolah, pandu dengan kelajuan biasa.

"Masa dia potong, dia buka tingkap dan gelak. Saya macam 'okay, potonglah' sebab saya ada kids dalam kereta.

"Selepas potong, tayar kereta dia meletup, immediately turn masuk Shell dan rempuh pembahagi jalan.

"On the way balik dari hantar anak sekolah, dia masih ada di situ. Kesian juga tengok muka sedih dia sebab mesti makan modal nak repair tu," ujarnya yang juga pengasas sebuah jenama penjagaan kulit.

Kadang-kadang tak faham orang nak troll EV. Apa, ingat orang beli EV nak berlumba ke?

SARINI ZAINAL

Menurut Sarini yang merupakan bekas jurutera kimia, insiden berkenaan berlaku di depan matanya dan dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) keretanya.

"Tapi itulah, kadang-kadang tak faham orang nak troll EV. Apa, ingat orang beli EV nak berlumba ke? Ada antara kami hanyalah orang biasa, mak-mak orang yang nak chill hantar anak sekolah je kot," tulisnya lagi.

KOMEN 1

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian Sarini.

Sekadar berkongsi pandangan dan pengalamannya untuk dijadikan iktibar, wanita ini turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhemah dan menghormati pengguna yang lain.

"Saya nasihatkan fokus kepada pemanduan sendiri serta persekitaran sebab kelalaian bukan membahayakan diri sendiri, malah pengguna jalan raya lain yang tak bersalah juga. Elak provokasi serta sikap terburu-buru.

"Maybe orang dalam kereta tu sedang bawa bayi, warga emas, atau Orang Kurang Upaya (OKU). Jadi hormatilah pengguna lain," akhirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain