SETIAP anak pasti mempunyai impian untuk membahagiakan ibu bapa masing-masing sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka. Namun seorang lelaki dibelenggu rasa serba salah apabila mengenangkan permintaan kakak iparnya yang mahu menabur jasa pada orang tua mereka. Menurut lelaki yang tidak mendedahkan identiti itu, dia diminta kakak ipar untuk berkongsi membayar ansuran pinjaman rumah yang dibelikan kepada ibu dan bapa mentua tanpa persetujuannya terlebih dahulu. "Kakak ipar saya seorang kakitangan bank. Saya cuma bekerja sebagai p-hailing waktu siang dan pengawal keselamatan pada waktu malam. Kerjaya sebagai penunggang p-hailing semakin popular demi kelangsungan hidup. -Gambar hiasan "Ipar duai saya boleh dikatakan umur 20-an dan ada yang 30-an tak berkahwin lagi. Saya dengan isteri dan abang sulung saja sudah berkahwin," jelasnya menceritakan situasi di di grup Facebook Tanya Peguam. Jelasnya lagi, arahan daripada kakak iparnya ini hanya diketahui selepas pinjaman rumah tersebut diluluskan. Katanya, dia berasa kurang senang dengan tindakan tersebut apatah lagi mengenangkan pertambahan komitmen bulanannya selepas ini. "Apabila pinjaman untuk rumah tu diluluskan dia minta kumpulkan duit adik-beradik, RM450 setiap orang. ARTIKEL BERKAITAN: Rakan merayu pinjam duit, sudahnya minta bayar hutang dilayan macam pengemis... Alasan nak beli baju, kuih raya ARTIKEL BERKAITAN: Gadis rela hati kongsi ‘50-50’ perbelanjaan rumah tangga, asalkan suami setia... Natizen kata tak rasional, kahwin dulu baru cakap! "Semua pun faham kan, pinjaman ini bukan macam hutang beli pendingin hawa. Tempoh masa yang begitu lama sampai berpuluh tahun perlu dibayar. "Andai kata saya bayar dan tolong sekali pun apa hak saya pada rumah tu? 35 tahun kalau di darab dengan RM450 setiap bulan hampir RM150,000 duit saya," jelasnya lagi. Ujarnya dalam hantaran yang sama, timbul pula rasa bersalah terhadap ibu bapanya sendiri kerana tidak mampu mendahulukan keperluan mereka. Perlu ke kita berjasa pada orang tua tapi dalam masa yang sama kita beri risiko dan susahkan orang lain? PENGADU "Saya bukanlah orang senang. Rumah pun menyewa dengan tiga beranak. Mak ayah saya pun saya tak sempat nak berjasa. "Perlu ke kita nak berjasa pada orang tua tapi dalam masa yang sama kita beri risiko dan susahkan orang lain," katanya. Luahan lelaki tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen di ruangan komen selepas hantaran tersebut menjadi tular. Rata-ratanya memberikan pendapat mereka supaya lelaki ini tidak memberikan wang untuk membayar hutang pinjaman rumah berkenaan. Komen netizen di Facebook. "Tak perlu. Bergerak atas kapasiti sendiri saja. Banyak lagi permintaan tambahan nanti kalau asyik setuju memanjang. "Macam tu je dia gula-gulakan adik-beradik. Kerja bank patutnya jangan ikut perangai macam bank, nak kaut untung je. "Dia rasa nak berjasa macam tu, dia tanggung sendiri la. Sudah la pinjaman rumah atas nama dia. Habis bayar, dia punya (rumah). Biar gaduh sekarang jangan sampai menyusahkan di masa hadapan." ujar netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube